Isteri Ku Li tidak tersinggung jika gambarnya tidak keluar dalam akhbar

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mengeluarkan kenyataan terbuka mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk menolak UMNO yang disifatkannya ‘perkauman’ supaya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Zaid berkata, sekiranya Tengku Razaleigh menjadi Perdana Menteri, beliau tidak akan menggunakan polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjatuhkan orang lain.

“Dia tidak akan melantik orang yang rasis untuk menjadi pengarang akhbar, isterinya pula tidak akan tersinggung jika gambarnya tidak keluar dalam akhbar.

“Tapi sayang sekali, Tengku Razaleigh masih menaruh harapan yang dia mampu menyelamatkan UMNO,” katanya.

Menurutnya, Tengku Razaleigh satu-satunya Ahli Parlimen UMNO paling kanan dan tidak bersifat perkauman, malah Zaid menegaskan Tengku Razaleigh lebih sesuai memegang jawatan Perdana Menteri daripada Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang.

“Tengku Razaleigh memang kuat nasionalismanya, memang pejuang Melayu yang tulen, tetapi tidak terdengar ucapan dibuat olehnya yang membenci dan menghina kaum lain dalam apa-apa isu.

“Hanya Perdana Menteri Melayu yang tidak rasis sahaja boleh menyelamatkan negara ini,” kata Zaid dipetik daripada laman blognya.

Zaid turut membidas tindakan Najib yang berdiam diri dalam isu kematian Penasihat Politik DAP, Teoh Beng Hock, malah beliau menggunakan media yang dikuasai UMNO-Barisan Nasional (BN) untuk menyebarkan api-api perkauman.

“Tidak masuk akal sama sekali apabila ada pemimpin UMNO serta media suruhan mereka yang sanggup menyifatkan kesedihan dan kemarahan rakyat Malaysia terhadap kematian Beng Hock yang dalam siasatan SPRM sebagai satu tindakan politik.

“Sebab itu akhbar UMNO-BN sering mencerminkan pemikiran jahat yang membenci kaum dan agama lain. Sememangnya mereka tidak ada minat dan hasrat untuk meneliti dan menilai satu-satu masalah secara objektif dan rasional,” katanya.

9 Respons

  1. Salam!! semua…siapa Zaid ni???..dah tak laku kt UMNO..lari kelain.. dulu kutuk PAS!!!.. tolak hudud…tak sedar diri punya malaun!!!.. mana cerut dan botol.@*###???…takkan dah alim kot???Anwar pun sama!!! gila kuasa!!! …dapat perintah..angkut semua kroni!!!tengok dlm pkr..semua anak beranak..Apa nak jadi muslim kt Malaysia ni….racisss konon..nanti mampus panggillah lim kit siang…sedar le diri wahai si Zaid ooiii…awak tu dah lupa budu ke???Kelantan tak sedar diri!!!!

    • kau pun sama je dah tak nampak mana beno mana salah …Allah kalau marah pada hambanya, Dia akan sesatkan mereka2 hingga tak nampak kebenaran..kau solat pun belum tentu diterima kalau masih menyokong kezaliman…zalim tau apa? zalim maknanya tidak melatak kan hak kepada tempatnya…hei bodoh contohnya macam ni hak orang disoal siat , hak orang guna peguam …hak orang dapat pembelaan…kesian kau…

    • komen ni langsung tidak berkaitan. Macam orang-orang terdahulu yang kurang pendedahan dan rendah taraf intelektualisma. Harap cuba perbaiki dan tingkatkan tahap pemerhatian kepada keadaan dan konteks politik semasa.

  2. kat malaysia ramai yg dah tak tau mana benar mana salah…sebab tu semakin hari semakin tunggang langgang malaysia…kenapa bencana ni tak kesudahan? sebab pemimpinnya zalim tak melaksana kehendak ALLAH…

  3. mat , drp kau dok mencarut kat sini baik kau gi alih lembu tu
    dah kepanasan bro..

  4. Komen anda di delete sebab tidak sesuai untuk disiarkan. Harap maaf

  5. aku percaya, Tengku Razaleigh berkemampuan
    jika jadi PM.. Tak ada kemelut yang besar yang melanda dirinya macam Najib Altantuya. Kalau ada
    pun dulu waktu Team A dan B bertarung, dia kalah
    kemudian tertubuhnya semangat 46..
    Bekas menteri keewangan ini mungkin mampu
    berbuat sesuatu demi rakyat malaysia jika jadi PM.

  6. setuju aku kalu bn letak kuli jadi pm lebih baik dari najib pmongolia kua3

  7. Sapa yang tak laku…zaid ka umno ???habq mai ….la ni nak habaq kat mat…..yang tak laku tu umno…..tahun ni ja semua election yang umno masuk ko…lu pikiaq la sendiri

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: