Pegang lilin protes cara SPRM siasat Teoh Beng Hock

Dato’ Husam Musa berpendapat tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda protes boleh dilakukan, sebaliknya jika bertujuan turut serta upacara keagamaan memang tidak boleh.

“Kenapa jika perbuatan yang dilakukan pembangkang semua tidak boleh …. pakai baju hitampun tidak boleh, baju hijau tidak boleh, pegang lilin tidak boleh… semua tidak boleh.

“Pegang lilin untuk mengikuti upacara keagamaan seperti memegang lilin (colok) dan ‘menundudk-nunduk (menyembah) itu tidak boleh, tetapi jika pegang lilin sebagai tanda protes boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kehadiran, Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin pada program menyala lilin memprotes cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sehingga membawa kepada kematian pegawai khas Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

“Pemimpin Umno tidak perlu memperbesarkan isu lilin ini,” katanya.

Beliau berkata, Nizar hanya hadir sebagai tanda protes terhadap apa yang berlaku terhadap Beng Hock dan bukan menyertai acara keagamaan.

nizarprotesbunuhteoh

“Apa yang berlaku terhadap mendiang Beng Hock bukan lagi soal agama semata-mata sebaliknya soal kemanusiaan yang wajib mendapat keadilan dari semua pihak.

“Saya pun tak faham, salah ke pegang lilin dan lilit kepala dengan kain sebagai protes, pegang lilin salah, pakai baju hijau pun salah, semua tak kena kalau bertentangan dengan naluri Umno.” katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Dato’ Mohamed Daud tidak berani mengulas sebaliknya menyerahkanya kepada Mufti menjelaskannya.

Isu kecil macam ni pun tak berani mengulas, mungkin kerana Husam. Beritahu je Dato’, Halal, Haram, Harus tak payah tunggu Mufti atau Majlis Fatwa. Takkan Protes dan tak puashati dengan tindakan membunuh seseorang yang ‘bukan Islam’ tanpa sebab sebagai Haram.

Tengok ni, Timbalan Mufti Kedah berani beri komen.

Timbalan Mufti Negeri Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin ketika diminta mengulas pembabitan orang Islam dalam perhimpunan nyalaan lilin, berikutan kematian kontroversi Setiausaha Politik ahli Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock, menegaskan selagi tindakan itu bukan amalan agama tertentu, ia dibolehkan.

“Lilin bukannya alat keagamaan. Majlis memperingati yang diadakan itu pun tiada unsur-unsur keagamaan. Oleh itu, tidak salah sekiranya rakan-rakan Islam turut hadir memberi sokongan atau penghormatan terakhir,” katanya.

Syeikh Marwazi berkata, penyokong Islam yang hadir kemungkinan sekadar memberi sokongan politik, malah perhimpunan itu juga adalah berlandaskan fahaman politik, dan bukannya keagamaan.

“Mereka yang hadir juga tidak membuat sesuatu yang merujuk kepada perbuatan keagamaan, jika sekadar berdiri bersama lilin, tidak mengapa,” katanya.

Menurutnya, dalam kes ini, isu agama tidak timbul kerana kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Kehadiran orang Islam di situ hanyalah sebagai menyokong rakan-rakan mereka dalam politik sahaja, dan sekiranya boleh menimbulkan fitnah, eloklah sekiranya mengelak daripada hadir dalam perjumpaan seumpama itu,” katanya.

Kematian misteri Teoh Beng Hock selepas disoal siasat selama lebih 10 jam oleh SPRM ditangisi rakyat Malaysia dari semua kaum dan agama. Tragedi ini tidak seharusnya dilihat dari kaca mata perkauman. Ia merupakan isu keadilan yang menuntut jawapan segera terhadap begitu banyak kemusykilan.

Semua kaum ratapi kematian Teoh – Mohamad Sabu
Rakyat malaysia tidak kira kaum hendaklah melihat bahawa kezaliman yang berlaku kepada sesiapapun mesti dibela, tanpa melihat dari sudut kaum atau agama. Soal hak asasi saksi termasuk hak orang yang dituduh, mesti dilindungi.

Saya amat gembira apabila peristiwa kematian Teoh Beng Hock diratapi oleh semua kaum dan penganut pelbagai agama. Kezaliman dan kekejaman mesti dilihat secara syumul , merentasi hal kaum dan agama.

Apa kata Ustazah Umno:
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato Dr Mashitah Ibrahim berpendapat tindakan Nizar boleh melanggar akidah.

Dalam isu nyalaan lilin ini sebagai tanda protes pembunuhan keatas setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock, Pemimpin Umno kini mengakui dan mengiktiraf Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Aziz sebagai orang berkelayakan mengeluarkan fatwa apabila mereka meminta Mursyidul Am PAS itu memberi fatwa.

Sedangkan mereka mengetahui otoriti badan yang boleh mengeluarkan fatwa iaitu Majlis fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri.

Baru-baru ini Menteri Besar Perak, Dr Zambry Abdul Kadir meminta Tuan Guru Nik Aziz memberi fatwa berhubung acara protes dengan lilin.

Sementara itu, Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, berkata, gesaan pemimpin Umno itu seolah-olah mereka tidak yakin dengan Majlis Fatwa Kebangsaan sehingga sanggup meminta Ulamak dalam PAS mengeluarkan fatwa.

Akhirnya, hari ini Kebinet bersetuju dengan pandangan dan protes Pembangkang supaya menubuhkan Suruhanjaya dan Inkues
Kabinet hari ini memutuskan satu inkues yang diketuai oleh seorang majistret akan dijalankan minggu depan bagi menentukan punca kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock minggu lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan itu dibuat kerana Kabinet mahu penyiasatan kematian Teoh dilakukan dengan menyeluruh bagi mencari punca kejadian tersebut.

Katanya Kabinet turut memutuskan satu suruhanjaya diraja diwujudkan dengan terma-terma khusus iaitu meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap Teoh bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi.

Berita berkaitan:
Kerajaan Selangor lantik Peguam Pemerhati

Dewan Ulamak diminta bincang isu Nizar protes guna lilin – Timbalan Menteri Besar Kelantan

SPRM terima kerajaan tubuh Suruhanjaya Diraja

8 Respons

  1. bagus.. bagus..

  2. eh…lilin yang dipegang Ds nizar lilin protes dipejabat DAP Ipoh di depan wartawan yob!!!! bukan depan tokong. kalau nak buat fatwa pun jangan ikut suka jer. kalau depan tugu negara tu betui..telah disahkan oleh ahli majlis fatwa haram bertafakur disitu. kena faham yerk.

  3. Sabarlah…
    Mereka akan siasat dengan cara elok 🙂

    http://Blog1Malaysia.blogspot.com

  4. tak payah cakap banyak bakar opis sprm

  5. aku sokong pas!

  6. PAS NAK TEGAKKAN ISLAM MELALUI DEMOKRASI? BOLEH KE ISLAM MENANG PINJAM JALAN YG DICIPTA YAHUDI & NASRANI??? RAMAI ORG PAS ISAP ROKOK. ROKOK KAN HARAM DICIPTA OLEH YAHUDI & NASRANI JUGA… BERLAWAN DGN MAKI HAMUN,JERIT PEKIK,MENGUMPAT, KATA MENGATA, DEMONSTRASI,ETC…RASULULLAH TAWAN DGN AKHLAK, KASIH SAYANG, MERENDAH DIRI, HADIS “BERBUATLAH BAIK KEPADA ORG YG BUAT JAHAT KPD KAMU”. PAS TAMPAL POSTER PROMOTE PEMIMPIN…RASULULLAH PROMOSI UTK KENALKAN ALLAH, SYURGA, NERAKA,TAKWA ETC…PAS NAK RAKYAT PILIH PEMIMPIN BERIMAN…DLAM SEJARAH PEMIMPIN KEBENARAN ALLAH YG LANTIK SECARA LANGSUNG @ TIDAK LANGSUNG. PAS PAKAI TIE SAMA MACAM PAKAIAN YAHUDI, TAK SELARAS DGN TOK GURU MEREKA. DLAM PAS NAK LANTIK PRESIDEN, ETC KENA UNDI. RASULULLAH & PARA KHALIFAH DILANTIK OLEH ALLAH BKN DGN UNDI. KALAU LANTIK DGN UNDI RAKYAT, NAMANYA WAKIL RAKYAT. KALAU ALLAH YAG LANTIK, PEMIMPIN TU ADALAH WAKIL ALLAH. AKHIR ZAMAN TUNGGULAH AKAN PEMIMPIN KEBENARAN,YG DISEBUT DLM HADIS & ATSAR ADALAH MUJADDID, PEMUDA BANI TAMIM, IMAM MAHADI & NABI ISA… ITULAH PEMIMPIN WAKIL ALLAH… BKN DGN UNDI… KALAU MCM TU APA BEZANYA PAS DGN UMNO YG DIKATAKAN PAS TERHADAP UMNO TU SESAT… TAKYAH CITE PASAL LILIN. PERKARA YG PAS BUAT SKARANG PUN LG YAHUDI & NASRANI…

  7. Politik Gelanggang Mencari Makan
    Sekarang ini politik bukan gelanggang perjuangan menegakkan keyakinan Ia telah dijadikan gelanggang
    tempat mencari makan
    Rakyat telah dialatkan atau diperjudikan
    Ia sudah terlalu kotor bagaikan tempat pelacuran Kerana tempat cari makan
    ia telah jadi politik wang
    Siapa yang berjaya di dalam politik seolah-olah mendapat satu kawasan ladang yang penuh dengan tanaman
    Di ladang itu dia boleh mendapat kekayaan Atau siapa yang berjaya di dalam politik seolah-olah mendapat factory besar tempat mengeluarkan barang
    Di situ dia menjadi jutawan tanpa perniagaan Berebut-rebutlah mereka bergelanggang
    di dalam politik melalui parti politik
    Apa sudah jadi
    bukan bertarung dengan parti lawan bertarung sesama sendiri
    Bertarung sesama sendiri di dalam sebuah parti untuk menguasai parti
    Kerana di situ ada kekayaan tanpa perniagaan dan boleh jadi jutawan
    Tikam kawan sendiri, khianat-mengkhianati jatuh-menjatuhkan
    di sesetengah negara berbunuh-bunuhan Daripada gelanggang politik yang kotor itulah lahir para pemimpin
    menjaga negara dan rakyat dan agama Maka lahirlah
    penyangak-penyangak negara dan bangsa yang bertauliah
    Lahirlah lanun-lanun terhormat pencuri-pencuri berlesen
    mengaut wang rakyat dan negara Rakyat mengharap setiap musim
    agar nasib mereka dibela oleh pemimpin mereka Yang senang hanya segelintir
    yang susah dan menderita itulah yang ramai Tunggu lagi setiap musim pilihan raya
    Agar lahir pemimpin-pemimpin pembela rakyat dan cintakan negara
    Hasilnya sama juga
    Begitulah rakyat di kebanyakan negara menunggu pembela
    dari musim ke musim pilihan raya Jawapannya samajuga
    apa yang berlaku sebelumnya berlaku perkara yang sama
    Begitulah nasib rakyat di negara demokrasi Hanya mengharap dan mengharap harapan tidak kunjung tiba
    Begitulah terjadi di setiap pilihan raya nasib rakyat tetap tidak terbela

    Sajak dipetik dari Ashaari Muhammad

  8. saya cadangkan korang tengok video ni dan lihat saat di 0:50. perhatikan orang yang tengah ‘mengimam’kan sembahyang jenazah ni. lihat dengan hati terbuka, dan nilai.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: