Bekas Naib Presiden MIC 20 tahun masuk PKR

Barisan Nasional (BN) dan MIC menerima satu lagi tamparan hebat hari ini apabila seorang lagi tokoh mereka, bekas Naib Presiden MIC lebih 20 tahun, Dato’ SS Subramaniam mengumumkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu majlis yang diadakan di MBPJ tengahari tadi.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden MCA, Dato’ Chua Jui Ming telah menyertai PKR dan menyatakan sokongan secara terbuka terhadap dasar-dasar perjuangan yang dibawa oleh Ketua Umum PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Tengahari tadi, dalam majlis di Petaling Jaya itu, Subramaniam juga mengumumkan bahawa 10 buah cawangan MIC di Petaling Jaya akan dibubarkan dan ahli-ahlinya akan menyertai PKR secara besar-besaran.

Dianggarkan seramai 1,700 ahli MIC daripada cawangan-cawangan tersebut akan menyertai PKR.

“Saya telah menyokong KeADILan (PKR) dan Anwar Ibrahim sejak dahulu lagi, cuma sekarang saya dapat memberanikan diri untuk menyatakan bahawa saya akan sertai parti ini,”katanya sambil mendapat sorakan daripada lebih 350 hadirin dalam majlis tersebut.

Subramaniam telah berkhidmat sebagai Naib Presiden MIC lebih 20 tahun dan juga merupakan bekas Naib Pengerusi MIC Selangor untuk tiga dekad. Beliau juga pernah menjadi Adun Bukit Raja dan Ahli Parlimen Segamat.

Advertisements

Satu Respons

  1. Dah lama sokong dalam hati, baru la ni open?
    Kenapa ek?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: