Kerajaan Pusat – Negeri tidak perlu bersengketa – Tok Guru Nik Aziz

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedia menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri Pas dengan Kerajaan Pusat demi menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas, berharap perselisihan pendapat yang timbul di kalangan pemimpin politik terutama antara Umno dan Pas sewaktu kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, baru-baru ini dilupakan dan kedua-dua pihak kembali semula kepada semangat persaudaraan sesama Islam.

Nik Abdul Aziz yang kelihatan serius menyuarakan perkara itu berkata, sebelum ini kerajaan negeri tidak pernah pun menganggap kerajaan Pusat sebagai musuh, tetapi hanya sebagai lawan dalam mempertahankan perjuangan ideologi politik masing-masing.

“Seperti mana biasa, pertembungan pendapat dan ideologi timbul pada saat-saat menjelang pilihan raya,” katanya selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia ke-38, di sini, semalam.

Mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, berkata Umno negeri mengambil sikap terbuka dan berharap Mursyidul Am Pas menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan. – Berita Minggu 26 Julai 2009.

“Kami mengambil sikap terbuka terhadap apa yang boleh merapatkan perpaduan umat Islam dan orang Melayu. Dalam hal berkaitan agama dan bangsa, tidak harus ada percanggahan pendapat, sebaliknya harus ada perpaduan.

“Memang kita ada perbezaan ketara dalam politik kerana perjuangan kita berbeza, tetapi jika dalam perjuangan itu ada persamaan, tidak ada sebab kita tidak boleh bermuafakat, khususnya untuk kebaikan rakyat, namun harus ada keikhlasan dan kesungguhan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri di sini.

Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini adalah antara kepimpinan Pas yang tidak bersetuju dengan cadangan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Di KUALA LUMPUR, pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menyambut baik usaha murni Nik Abdul Aziz untuk bekerjasama dengan kerajaan Pusat dalam menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Nik Abdul Aziz konsisten dalam mengeluarkan kenyataan dan tidak hanya bersedia bekerjasama semata-mata untuk meminta bantuan daripada kerajaan Pusat.

“Ia harus seimbang antara kehendak politik dan pentadbiran, jangan ada sesuatu di sebaliknya (hasrat bekerjasama) kerana kita sudah lama kenal Nik Abdul Aziz.

“Kerajaan Pusat tidak pernah tarik bantuan kerana kita ikhlas membantu… jangan apabila mahu bantuan daripada Pusat, baru bersedia buka pintu tetapi apabila bincang soal agenda bersama dia tutup pintu, pemimpin kena konsisten,” katanya.


Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, berkata kerjasama itu bukan saja akan menguntungkan bangsa Melayu malah turut membabitkan seluruh rakyat di negara ini.

“Tiada pihak akan mendapat keuntungan jika berlaku perpecahan. Kita perlu menghentikan perpecahan yang merugikan. Persaingan kita bukan antara Umno dan Pas tapi adalah antara Malaysia dengan seluruh negara lain ketika dunia berhadapan dengan krisis ekonomi global,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata beliau dapat melihat pengumuman Nik Abdul Aziz itu sebagai satu petanda baik dan kerjasama di antara kerajaan negeri dan pusat bukan saja penting untuk rakyat malah amat baik untuk politik negara.

“Kerajaan BN mentadbir negara dengan penuh cemerlang berbanding Pakatan Rakyat dan beliau (Nik Abdul Aziz) mengetahui perkara ini… kini beliau mahu bekerjasama dengan kerajaan Pusat… ini satu petanda baik,” katanya.

Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr S Subramaniam, berkata kerjasama itu perlu ikhlas kerana sebelum ini Pas mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan tetapi ia tidak menjadi kenyataan.

“Kita perlu melihat apakah kerjasama yang dimaksudkan oleh Nik Abdul Aziz. Apakah ia pandangan peribadi beliau atau mewakili Pas. Kita tidak mahu nanti ada pemimpin parti itu mempertikaikan kenyataan beliau,” katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, berkata beliau amat berharap semua ahli Pas akan menerima baik kenyataan Nik Abdul Aziz kerana ia perkara baik.

“Jangan ada pula pemimpin Pas selepas ini memberi kenyataan di sebaliknya pula… saya amat berharap seluruh ahli Pas akan menghormati kenyataan Mursyidul Am Pas itu,” katanya.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, berkata kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan Pusat amat perlu demi kepentingan rakyat.

2 Respons

  1. berbaik dengan umno buat kena tipu aje tak perit ke..

  2. cukup la TGNA….
    UMNO mmg tunggu masa jer nak ‘ngap’ PAS tau!
    biarlah kelantan seperti skrg, namun untuk berbaik dengan UMNO jgn sekali2
    ok! tok guru

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: