Ku Li tidak masuk PKR?

Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), seorang pejuang UMNO yang tidak akan melupakan parti dan beliau pastinya akan terus berjuang untuk parti yang memperjuangkan bangsa Melayu itu, biar pun dipelawa berulang kali untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) oleh Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN/Umno bagi kawasan Paloh, Datuk Nozula Mat Diah berkata, justeru itu, pelawaan itu pastinya tidak akan mendatangkan hasil.

Menurutnya, Ku Li seorang yang mempunyai pendirian dan tidak sewenang-wenangnya mudah diajak menyertai parti lain.

“Beliau pejuang UMNO, tidak mungkin beliau menyertai PKR, tambahan pelawaan Zaid itu kita nampak sekarang seperti orang yang tidak ada pendirian dalam politik.

“Beliau kecewa dalam politik UMNO dan menyertai PKR kemudian mengajak Ku Li menyertai PKR,” katanya kepada Sinar Harian ketika hadir pada Majlis Gotong-Royong bersama penduduk Jeram Tekoh di Tanah Perkuburan di sini, semalam.

Nozula berkata, PKR tidak mempunyai perjuangan untuk kepentingan Melayu yang memungkinkan Ku Li menyertainya.

Menurutnya, ahli parti di Gua Musang merasa usikan Zaid itu sebagai sesuatu yang mengecewakan dan sedikit sebanyak menjejaskan kewibawaan Ku Li sebagai pemimpin yang banyak berjasa di di Gua Musang.

“Ku Li telah banyak memperjuangkan UMNO, ajakan ini sedikit sebanyak akan menjatuhkan kewibaan beliau yang begitu dikenali didaerah ini,” katanya.

Satu Respons

  1. untuk norzula
    sebenarnyo Ku Li patut jadi PM sebelum Mahathir lagi
    pasal apo hasrat ni tak tercapai?
    pasal Umno tok sir pemimpin melayu dari kelate
    serupo mu laaa, sepak ore dalam dewan
    baso gedebe tok tentu pasal
    gedebe ore mu tok tahu lagi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: