Tok Guru Nik Aziz dan Dato’ Pa lancar Kelantan Fiesta 2009

2986526 Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed bersama-sama merasmikan majlis pelancaran Kelantan Fiesta 2009.

Program ini adalah pertama kali diadakan di luar Kelantan yang melibatkan kedua-dua pemimpin tersebut.

Dalam sidang media selepas itu, Menteri Besar yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa beliau tidak bermusuh dengan individu yang berada dalam pihak lawan sebaliknya permusuhan berlaku melibatkan ideologi yang dibawa oleh parti tertentu.

“Saya sebagai gerakan Islam tidak bermusuh dengan individu, dan tidak bermusuh dengan orang tertentu, (tetapi) kita bermusuh dengan ideologi parti,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini, semalam.

Tok Guru berkata demikian ketika ditanya mengenai kehadiran Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed yang juga pengerusi UMNO Kelantan dalam majlis julung-julung kali diadakan tersebut.

Tok Guru Nik Aziz mengucapkan penghargaan kepada Mustapa yang sudi hadir ke majlis demi melihat kemajuan industri pelancongan Kelantan.

Katanya, dengan penganjuran tersebut, sedikit sebanyak budaya dan tatacara hidup rakyat Kelantan dapat dipromosikan di seluruh negara dan dunia.

“Untuk tujuan itu saya sudah lama berfikir untuk belanja duit (peruntukan) untuk dedahkan kehidupan pondok di Kelantan khususnya pelancongan Eropah yang tidak mempunyai suasana tersebut di negara mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Mustapa berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan jika ia dapat memberi faedah kepada rakyat Kelantan.

Menurutnya, Kerajaan Pusat juga tidak pernah meminggir atau mendiskriminasikan mana-mana negeri dalam usahanya untuk menarik pelabur dari luar negara.

“Dalam soal ini terpulang kepada pelabur untuk memilih (negeri), mereka ada pertimbangan, seperti mahu kawasan yang berhampiran dengan pelabuhan, lapangan terbang dan sebagainya.

“Bagaimanapun, kita menyediakan inisiatif yang lebih kepada pelabur yang ingin melabur di negeri yang dianggap kurang maju dari segi pelaburan,” katanya.

Berita berkaitan:
Jaga Kepentingan Rakyat Kelantan perlu ikhlas – Zahid Hamidi

Umno dan PAS ada persamaan – Dato’ Pa

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: