Tok Guru Nik Aziz pertahan Nizar selepas rasmi Hari Peladang Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan

Tok Guru Nik Aziz pertahan tindakan Nizar
Dalam sidang medianya selepas merasmikan Sambutan Hari Peladang di atas, Menteri Besar yang juga Murysidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin di Ipoh pada Jumaat lalu membantah apa yang berlaku terhadap Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, walaupun Dewan Ulama Pas meragui perbuatan itu.

“Dewan Ulama Pas hanya meragui tapi ia tak sama dengan haram. Macam saya, selalu orang Hindu jemput saya pergi ke majlis mereka. Cina jemput pergi majlis dia, saya akan tanya ini agama atau adat resam?

“Saya kata kalau agama saya tak boleh pergi tapi kalau adat resam saya boleh buat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kelantan 2009 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV hari ini.

Beliau berkata, tindakan meniup lilin ini merupakan satu simbolik untuk umur dan ia merupakan perkara biasa yang sudah merebak ke dalam budaya masyarakat di negara ini.

“Lilin ini sekarang ini sudah merebak dalam masyarakat kita. Tiap-tiap tahun anak-anak kita tiup lilin. Tahun pertama sebatang lilin dia hembus. Tahun kedua, dua batang lilin. Tahun yang kelima puluh lima batang lilin,” katanya.

SAMBUTAN HARI PELADANG, PENTERNAK & NELAYAN NEGERI KELANTAN ( HPPNK2009 ) PADA 23 JULAI HINGGA 29 JULAI 2009, 10.00 PAGI HINGGA 11.00 MALAM dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Peta lokasi lihat di sini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: