Jika Faktor Najib menjadi tarikan, Sila Bubarkan DUN Perak ….

‘Faktor Najib’ tarik minat
Corak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mula berjaya menarik perhatian rakyat untuk terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, ‘faktor Najib’ mula memberi harapan yang lebih tinggi kepada rakyat Malaysia untuk meyakini BN.

“Kepimpinan beliau telah mengangkat kerajaan ke tahap yang lebih tinggi apabila banyak pembaharuan dalam bidang ekonomi kini dilaksanakan,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kepong 2009 di sini hari ini. – Utusan Malaysia 27 Julai 2009.

Jika benar ‘Faktor Najib’ tarik minat, kenapa BN kalah dalam semua Pilihanraya Kecil di Semenanjung selepas Pilihanraya Umum 8 Mac 2008.

Bermula dengan Pilihanraya Kecil di Permatang Pauh (26 Ogos 2008), BN kalah besar. Kemudian di Kuala Terengganu (17 Januari 2009), PAS berjaya menawan kerusi tersebut daripada BN dengan majoriti bergaya. Begitu juga Pilihanraya Bukit Gantang (7 April 2009), BN tewas lagi kepada calon PAS dengan majoriti yang lebih besar. Begitu juga DUN Bukit Selambau (7 April 2009) yang mencatat sejarah pertandingan dengan begitu ramai calon Bebas dan BN tewas kepada PKR.

Manakala Pilihanraya kecil DUN Penanti (31 Mei 2009) yang memeranjatkan sejarah apabila BN ‘boikot’, yang dianggap banyak pemerhati sebagai BN Pengecut beralasan dengan merugikan masa dan wang untuk berdepan dengan PKR.

Dan terakhir DUN Manek Urai, BN merasakan boleh menang kerana lalu meletakkan calonnya lawannya PAS ketika itu bermasalah dengan isu ‘kerajaan perpaduan’ dan dikatakan bermasalah dengan kepimpinannya. Akhirnya BN tewas juga dengan 65 undi.

Jika benar ‘Faktor Najib menjadi penarik’, kenapa pula bekas Naib Presiden MCA, Chua Jui Meng dan Bekas Naib Presiden MIC, Dato’ SS Subramaniam turut juga meninggalkan komponen BN (MCA dan MIC) untuk menyertai PKR (Pakatan Rakyat).

Soalnya sekarang, jika benarlah Faktor Najib menjadi tarikan, kenapa setiap kali pilihanraya diadakan BN akan kalah samada kalah besar atau kalah tipis.

Jika benarlah Najib menjadi tarikan, kenapa kini seorang demi seorang bekas pemimpin dalam komponen BN meninggal parti mereka. Fikir-fikirkan lah??

Jika benarlah kini Najib menjadi tarikan dan bertambah pengaruhnya, sila BUBARKAN DUN PERAK atau BUBARKAN PARLIMEN?

Berita berkaitan, Jika benar Faktor Najib menjadi tarikan,
Kenapa Nik Aziz perlu konsisten

Kenapa harap keputusan Nik Aziz muktamad

Kenapa MCA alu-alukan keputusan Nik Aziz; dan

Kenapa Umno tidak tetap tetap sebarang syarat berunding dengan Nik Aziz

5 Respons

  1. Kenapa mengharap Nik Aziz membuat keputusan muktamat.
    Kenapa minta Nik Aziz konsisten dengan cadangan untuk berbaik-baik dengan BN,
    Kenapa tak berani nak bubar DUN Perak

  2. masalah dgn najib ialah: dia tiada moral value, tiada pegangan agama . he goes / takes both ways. which he thinks can make the result faster and in his favor.

    sedangkn majoriti orgramai penganut islam tertinggal solat sekali skala boleh dimaafkn. tapi, bila smua perayaan dia nk rayakan, smua adat resam, semua cara smbhyang agama dia nk buat, ertinya dia sndiri tak tentu arah. jika diri sndri tiada pegangan, camner nk pegang org lain lak….

  3. kerajaan malaysia da kucar-kacir… tak tau sapa yg btl…

  4. bukan tak nak nak bubar…..tak pasal2 telinga dia dipulas ………najib takut bini……

  5. ku rasa gelap-gulita. ku tak berani bubar DUN. kerana ku sedar kerusi-kerusi itu bakal bertambah hilang lagi. kerana ku faham rakyat Perak terlebih faham ………………………… harap semua faham-faham la

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: