Muhyiddin perlu bawa cadangan Tok Guru Nik Aziz ke Kabinet bukan MT Umno – Mahfuz

Temubual Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar mengenai cadangan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai kerjasama antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri ditafsirkan oleh Timbalan Presiden Umno sebagai kerjasama parti. [27 Julai 2009 di Taman Melewar].

“Kenyataan Tok Guru menggambarkan kerajaan Kelantan untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi kepentingan rakyat kelantan. Malah Saya kira kenyataan Tok Guru Nik Aziz ini juga menggambarkan kesediaan kerajaan di bawah Pakatan Rakyat (PR) untuk bekerjasama dengan kerajaan Pusat, tak timbul isu antara PAS dengan Umno atau Pakatan Rakyat dengan BN. Yang disaran oleh Tok Guru adalah konsep kerjasama G to G bukan antara parti dengan parti,” kata Mahfuz Omar.

Menurut Mahfuz, Tok Guru hanya menyatakan bersedia mengeratkan kerjasama dan berlapang dada bagi memperbaiki hubungan kerajaan negeri dan pusat.

Sebaliknya, media dan pemimpin Umno membuat tafsiran yang salah dan memainkan isu kononnya ia antara parti, walhal mengikut Tok Guru kerjasama itu hanya membabitkan kerajaan negeri dan pusat.

Ia katanya adalah untuk mendapatkan hak yang telah disekat oleh kerajaan pusat sejak memerintah Kelantan 20 tahun lalu.

Mahfuz berkata demikian hari ini mengulas kenyataan beberapa pimpinan Umno yang memainkan isu kononnya PAS mahu bincang kerjasama atau muafakat dengan Umno.

“Lebih-lebih lagi selepas sejak tahun 1990 (sejak PAS memerintah Kelantan), kerajaan Umno/BN telah mendiskriminasi kerajaan PAS di sana.Kini ia diteruskan lagi dengan penafian royalti minyak kepada Kelantan.Begitu juga kepada kerajaan Pakatan Rakyat lain di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor,” katanya.

Iklan berbayar
kamusalmiftah Al-Azhar media

TERBAIK UNTUK YANG TERBAIK

Dapatkan Kamus Moden Al-Miftah Arab-Arab-Melayu-Inggeris yang pertama dan terulung di Malaysia
telah menjadi rujukan terbaik para profesional, guru, mahasiswa dan pelajar terutama pelajar-pelajar Syariah dan Perubatan di Mesir dan Jordan. madihah1

Kini telah terbit dalam bentuk cd software e-Miftah 2.0 sila layari kamus-almiftah untuk pengetahuan produk dan promosi terkini..

Duta Al-Miftah : Nazrey Johani, artis nasyid antarabangsa
Ikon Al-Miftah : Nik Nur Madihah, Pelajar terbaik SPM 20A
[iklanTmt280809]


Timbalan Presiden Umno sambut baik kenyataan Tok Guru
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyambut baik kesediaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri Pas itu dengan Kerajaan Pusat, berkata senario itu akan membuka satu lembaran baru dalam hubungan antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri Kelantan dan parti Pas.

“Saya bersyukur kerana ini adalah satu kenyataan yang positif daripada Nik Aziz yang menunjukkan satu sikap Muslim yang baik.

“Oleh kerana ada keputusan seperti itu, langkah susulan kita boleh ambil dan terbaik dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada penghujung bulan ini iaitu 31 Julai,” kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita Malaysia di sini, hari ini.

Timbalan Presiden Umno berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri Pas dengan Kerajaan Pusat demi menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: