Umno yang gilakan PAS, Saya cakap Kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Negeri – Tok Guru Nik Aziz

KEMASKINI:
Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam kenyataannya pagi ini dengan tegas menafikan bahawa beliau menyebut soal perpaduan antara Umno dan PAS.

Tok Guru mencabar media massa supaya buktikan dengan rakaman video atau audio beliau menyebut soal perpaduan dan beliau menghulurkan salam perpaduan Umno-PAS.

“Umno ni dah jadi macam cerita Laila Majnun, kejadian ini menunjukkan sikap ‘desperado’ Umno yang gilakan PAS.

“Saya bercakap pasal kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri seperti semangat Federalisme bukan pasal antara parti,” kata Tok Guru selepas melawat Karnival Peladang, Penternak dan Nelayan Kelantan 2009 di Padang Perdana di sini, hari ini. .

Katanya lagi, yang duduk cakap pasal parti ialah Mustapha Mohamed (Dato’) sambil merujuk kepada sidang media selepas majlis pelancaran Fiesta Kelantan di sebuah Hotel terkemuka di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Sehubungan itu Tok Guru Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS menafikan sekeras-kerasnya dakwaan media massa beberapa hari lalu dan menganggapnya sebagai satu lagi “Projek Barisan Nasional”.

Kenyataannya itu mendapat reaksi positif Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata ia akan membuka lembaran baru dalam kerjasama antara kedua-dua pihak.

Tok Guru berkata hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat perlu ditingkatkan berdasarkan kepada perlembagaan yang ada.

“Kerajaan pusat ada kewajipan membantu kerajaan negeri. Kita bukan minta tetapi ini hak perlembagaan yang menetapkan peruntukan itu disalurkan,” katanya.

Beliau berkata Pas tidak bercadang untuk mengadakan hubungan peringkat parti dengan parti sebagaimana berlaku semasa zaman Allahyarham Tun Abdul Razak “kerana kesan daripada hubungan itu masih terasa”.

Sekarang Umno terdesak gagal membezakan antara kerjasama kerajaan dan parti
Sementara di Padang Majlis Daerah Kuala Krai, di Laloh, Anggota parlimen Machang, Saufuddin Nasution Ismail berkata, pemimpin Umno sekarang sudah benar-benar terdesak apabila gagal membezakan kerjasama di antara kerajaan dan parti.

“Apabila sahaja disebut perkataan kerjasama cepat-cepat mereka melihat dalam konteks parti di antara Umno dan PAS.


“Sedangkan apa yang disebut Menteri Besar sebelum ini kerjasama di antara kerajaan negeri dan pusat selepas banyak hak-hak negeri cuba dinafikan kerajaan persekutuan,” katanya pada ceramah sempena kesyukuran kemenangan PAS di Laloh, malam semalam.

Program tersebut diadakan selepas PAS berjaya mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil yang diadakan 14 Julai lalu.

Hadir sama Tuan Guru Nik Abdul Aziz, anggota parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: