Pelik: Presiden MCA terima ancaman bunuh, Penasihat DAP buat repot Polis

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang semalam membuat laporan polis berhubung ancaman bunuh yang diterima Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat di ibu pejabat polis Petaling Jaya di sini.

“Ong yang sepatutnya membuat laporan polis tetapi oleh kerana beliau tidak berani berbuat demikian, saya menjalankan tanggungjawab awam saya untuk membuat laporan bagi pihaknya demi keselamatannya.

“Walaupun pandangan politik kami berbeza, saya tidak mahu sebarang keburukan berlaku pada Ong,” katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan polis itu pada 12.30 tengah hari.

Lim juga berkata beliau turut melampirkan laporan dalam akhbar berbahasa Cina dan Inggeris mengenai dakwaan ancaman bunuh yang diterima Ong dalam laporan polisnya.

“Kini terpulang kepadanya untuk bekerjasama dengan polis dan biarkan mereka menyiasat,” katanya dan berharap presiden MCA itu akan memberikan fakta dan keterangan kepada polis bagi membantu siasatan.

Semalam, akhbar Sunday Star melaporan ancaman bunuh itu yang berbunyi: “If you’re wiped out from this world some day, you should know why this has happened.” (Jika anda dilenyapkan dari dunia ini pada satu hari, anda patut tahu kenapa ini berlaku). – mstar

2 Respons

  1. apakah kalau umno menerima ancaman bunuh PAS sanggup buat laporan polis atau umno buat laporan kalau pas terima ancaman?

    Itulah bangsa lain tetap akan pertahankan bangsanya……memang MELAYU MUDAH LUPA…

  2. Masalahnya apabila UMNO terima ancaman bunuh, mereka terus buat laporan polis. Jadi tak sempatlah PAS nak buat laporan. Mana yang lebih penting, mempertahankan bangsa Melayu atau mempertahankan agama Islam?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: