Perhimpunan mansuhkan ISA secara aman, kata Pengerusi GMI

Polis diminta bekerjasama mengawal keselamatan supaya perhimpunan mansuhkan ISA berjalan secara aman, kata Pengerusi Gerakan Mansuh ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh dalam sidang medianya petang tadi.

Perhimpunan mansuhkan ISA pada 1 Ogos adalah perhimpunan aman dan dibenarkan oleh Perkara 10 Perlembagaa dan diharapkan tidak ada provokasi buruk, kata Syed Ibrahim.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Kamarzaman Mohamad yang juga Setiusaha Dewan Pemuda PAS Pusat sabagai Timbalan Pengarah Program, Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Isteri-isteri mangsa ISA.

Sementara itu, Polis bimbang ketegangan akan berlaku di sini Sabtu ini semasa perhimpunan dan perarakan berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terdapat unsur provokasi melibatkan kumpulan-kumpulan yang menyokong dan menentang undang-undang itu.


Oleh itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, mahu penganjur membatalkan hasrat mereka dan mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan itu.

“Walaupun pihak-pihak penganjur menyatakan perhimpunan dan perarakan ini akan diadakan secara aman tetapi kesannya boleh menggugat ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya terdapat agenda berbeza antara Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), yang membantah undang-undang itu, dan Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) bersama PERKASA, yang mahu ISA dikekalkan.

GMI telah menyeru orang ramai menghadiri perhimpunan dikenali sebagai Perhimpunan 100,000 rakyat di beberapa lokasi antaranya Masjid Jamek, Kompleks Sogo dan Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong mendesak supaya ISA dihapuskan.

Pada masa yang sama, Perwaris dan Perkasa pula merancang mengadakan perhimpunan di Padang Merbok, Pasar Seni dan Masjid Negara bagi menyokong agar ISA dikekalkan.

Soalnya siapa pula yang menimbulkan provokasi di sini?
Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pembela Negara (Magaran) memberi tempoh sehingga jam 5 petang ini kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) membatalkan hasrat mengadakan demonstrasi untuk mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Sabtu ini.

Sekiranya GMI gagal berbuat demikian maka Magaran yang dianggotai 56 badan bukan kerajaan (NGO) membabitkan lebih 100,000 penyokong akta berkenaan tidak teragak-agak untuk turut sama berarak ke Istana Negara, bagi menyatakan sokongan kepada pelaksanaan ISA.

Penasihat Undang-Undang Magararan, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, berkata majlis gabungan itu pada masa ini tidak berhasrat meneruskan perarakan bagi menyokong ISA selepas menerima nasihat daripada polis, tetapi jika GMI masih berdegil mahu berdemonstrasi maka pihaknya akan melakukan perkara sama. – Berita Harian 30 Julai 2009

Advertisements

Satu Respons

  1. ana amat sokong pas…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: