ADUN PAS Permatang Pasir meninggal dunia Subuh tadi

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir dari PAS, Hamdan Abd. Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini subuh tadi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan yang Hamdan meninggal dunia, dipercayai kira-kira 6.10 pagi.

Mahfuz dan Anak-anak Allahyarham sempat sembahyang jenazah ke atas Allahyarham sebelum bertolak ke Permatang Pasir.

“Anak Allahyarham memberitahu yang beliau meninggal dunia di IJN subuh tadi… anaknya kata bila dia bangun dari tidur, ayahnya sudah tiada (meninggal dunia),” katanya ketika dihubungi.

Jenazahnya sedang dibawa ke pejabatnya di Kg. Permatang Pasir, kata Mahfuz.

“Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kg. Permatang Pasir selepas sembahyang Asar (petang ini),” kata beliau lagi.

Hamdan dimasukkan ke IJN Isnin lalu. Permatang Pasir adalah salah satu kerusi DUN di bahagian Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Hamdan, 63, menjadi ADUN sejak 1999.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah berkata, PAS sudah kehilangan seorang pemimpin yang sangat memahami perjuangan parti dan kehendak rakyat.

“Ia satu kehilangan besar buat PAS kerana beliau seorang pemimpin yang gigih dan komited kepada perjuangan parti.

“Malah beliau juga dekat dengan rakyat, sebab itu beliau boleh memenangi kerusi yang ditandingi (Permatang Pasir sejak 1999 hingga kini),” katanya.

Sementara itu, Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr Wan Azizah, turut berada di IJN mengucapkan takziah kepada keluarga merasakan satu kehilangan besar kerana Allahyarham banyak berjasa kepada kawasan Permatang Pasir dan Parlimen Permatang Pauh.

Turut berada di IJN mengucapkan takziah kepada keluarga adalah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali; Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Pada pilihan raya umum ke-12, Mohd Hamdan berjaya menewaskan calon Umno daripada Barisan Nasional Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Bekas Pesuruhjaya PAS Negeri selama 14 tahun itu menjadi ADUN Permatang Pasir selama tiga penggal mulai tahun 1999 sehingga sekarang, dan kini merupakan satu-satunya ADUN Pas di negeri ini.


DUN Permatang Pasir terletak di kawasan Parlimen Permatang pauh.

Menurut adik lelakinya, Mohd Shukran, Allahyarham yang meninggalkan seorang balu, Datin Siti Khariah Ismail dan enam orang anak, menghembuskan nafas terakhirnya di IJN.

Katanya, beliau mendapat berita mengenai kematian abang sulung daripada 14 adik-beradik itu pada kira-kira pukul 7.15 pagi ini.

“Abang saya itu mengadu penat dan sakit dada dan dibawa oleh anaknya ke IJN untuk pemeriksaan dan rawatan. Beberapa tahun lalu, beliau pernah menjalani pembedahan jantung,” katanya.

Menurutnya, isteri Allahyarham tidak menemani suaminya itu di IJN kerana tidak sihat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: