ISA: Tahan tanpa bicara …. tak zalim ke

Demonstrasi esok bukan landasan terbaik selesai isu ISA: PM
Demonstrasi yang dirancang beberapa pihak di ibu negara esok bukan landasan terbaik bagi penyelesaian kepada isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini, sebentar tadi. – Berita Harian 1 Ogos 2009

Apa lagi cara Datuk Seri! untuk mansuhkan ISA, desakan pinda, desakan mansuhkan undang-undang zalim ini, Datuk Seri buat tak dengar! Nak tunggu rakyat guling BN dalam pilihanraya. Ha Datuk Seri bubar Parlimen sekarang atau cuba bubar DUN Perak dulu.

Baru tahu, rakyat suka Datuk Seri atau tidak.

Menahan makhluk Allah tanpa memberikannya hak untuk hidup sehingga matipun akan menyebabkan orang yang melakukannya dimasukkan ke dalam api neraka, walaupun hanya seekor kucing. Dalam satu hadis, Nabi bersabda bermaksud: ‘Seorang wanita masuk ke dalam api neraka dengan sebab seekor kucing yang ditahan, tidak diberikan makan, minum sehingga mati. Kalau dia lepaskan kucing itu tentulah binatang itu boleh mencari makan sendirian.’

Kalau menahan kucing tanpa sebab pun sehingga mati boleh menyebabkan dihumban ke dalam api neraka, bagaimana dengan menahan orang yang lebih dihormati darah, maruah dan harga dirinya tanpa dihadapkan ke mahkamah terbuka dengan bukti jenayahnya?

Prinsip undang-undang Islam jelas: ‘Bukti keterangan dikenakan ke atas orang yang menuduh atau mendakwa sesuatu dan sumpah ke atas orang yang mengingkarinya’

ISA sebenarnya sudah cukup jelas. Akta drakonian yang zalim, diperalatkan pula oleh orang yang zalim, untuk mengekalkan kezalimannya.

Baca: Testimoni anak seorang tahanan ISA,

Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga. Baca lanjut di sini.

Tak zalim lagi, ISA yang memisahkan anak dan bapa, Isteri dan Suami.

Advertisements

4 Respons

  1. assalamualaikum, sebagai manusia kita harus menghurmati sesama sendiri. bagi saya akta isa ini terlalu zalim . tidak dapat dibayangkan ada juga manusia yang sanggup menganayai orang lain cuma untuk bersenang lenang dimuka bumi ini buat seketika. laknatlah orang yang melakukan kezaliman keatas orang lain.

  2. Terima kasih kepada insan-insan berani yang berjuang untuk kebaikan semua masyarakat Malaysia.

  3. saya amat tertarik dengan berita atau kes ISA ni
    boleh saudara empunya blog lampirkan akta ISA di blog ini. akta penangkapan. bukan sekadar kisah derita yang dilalui ‘mangsa’ penangkapan.

    Komen: Kena pergi Perpustakaan juga tu, nak kena pinjam buku. Nanti ada masa saya bagi bahagian-bahagian penting saya lampirkan di sini.. Harap maaf

  4. sebab saya masih dalam pengkajian kebenaran bahawa ISA ini zalim atau tidak atau mungkin boleh diubah sedikit agar semua rakyat mendapat manfaat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: