Pemuda Gerakan turut hantar memorandum bantah ISA

LIM SI PING/ PEMUDA GERAKAN BANTAHAN ISA
KETUA Pemuda Gerakan, Lim Si Ping (dua dari kiri), berbincang sesuatu dengan pegawai polis ketika hendak menyerah dokumen memorandom bantahan ISA di Istana Negara, petang ini. Foto Berita Harian Online 31 Julai 2009.

KEMASKINI:
Kira-kira 24 jam sebelum dua kumpulan mengadakan perhimpunan pro dan anti-ISA di ibu negara, Pemuda Gerakan telah cuba untuk menyerahkan memorandum memansuhkan akta itu kepada Istana Negara, petang tadi.

Bagaimanapun Istana Negara telah menolak daripada menerima memorandum atas alasan tiada temu janji lebih awal daripada pergerakan tersebut.

Sekumpulan 20 anggota Pemuda Gerakan yang diketuai oleh Ketuanya, Lim Si Pin berkumpul di kawasan Menara MAA dekat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka di sini.

Lim berkata, pihaknya mengambil langkah menyerahkan memorandum memansuhkan ISA hari ini kerana tidak mahu menyertai himpunan anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) esok yang dilihat tidak sah.

“Kita tahu bahawa demonstrasi oleh GMI esok adalah haram. Jadi Pemuda Gerakan tidak akan sertai demonstrasi esok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Kata beliau, pihaknya telah berusaha menyerahkan memorandum itu kerana masih menyokong GMI dalam usaha menggesa ISA dimansuhkan. Lim juga menafikan pihaknya menyokong Pakatan Rakyat, sebaliknya hanya mewakili suara rakyat.

“Ini menunjukkan betapa seriusnya kami mahu akta ini dikaji atau dimansuhkan. Ini maklum balas yang kami terima daripada rakyat dan wakili apa yang rakyat inginkan kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya. Kira-kira 2.30 petang tadi pegawai polis mendekati Lim dan memaklumkan bahawa mereka tidak dibenarkan berarak ke Istana Negara, sebaliknya hanya boleh menggunakan kenderaan ke Jalan Istana.

Sebaik sahaja Lim dan rombongannya seramai lima orang tiba, pihak Istana mengatakan bahawa hanya seorang dibenarkan menemui pegawai Istana.

Lim bersetuju dan pergi ke kawasan Istana seorang diri.

Bagaimanapun pegawai istana telah menolak daripada menerima memorandum mereka kerana tiada surat permohonan untuk mengemukakan memorandum, kata Lim.

“Jadi kami akan menghantar permohonan rasmi bagi membolehkan memorandum diterima Yang di-Pertuan Agong kelak,” katanya.

SEMENTARA itu, Polis tidak membuat sebarang tangkapan sehingga kini menjelang perhimpunan kumpulan membantah dan menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dijangka diadakan esok, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Sabtu Osman, hari ini.

Malah, katanya, polis tidak mengeluarkan sebarang permit bagi tujuan perhimpunan itu dan menegaskan penghantaran surat daripada kumpulan tertentu untuk meneruskan perhimpunan itu bukan prosedur yang ditetapkan.

Beliau berkata, prosedur yang ditetapkan adalah pihak yang berhasrat untuk mengadakan perhimpunan perlu membuat permohonan permit di daerah masing-masing.

“Kami sudah mengadakan 11 sekatan jalan raya sejak semalam dan berharap perhimpunan itu tidak diadakan serta tidak berlaku apa-apa hari esok. Bagaimanapun, polis sudah bersedia dengan jumlah anggota yang mencukupi bagi berdepan dengan sebarang kemungkinan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian Online di sini, sebentar tadi.

Selain itu, Mohamad Sabtu berkata, kawalan di lokasi tumpuan termasuk perhentian LRT turut dilakukan bagi menjamin keselamatan orang ramai.

Beliau berkata, difahamkan perhimpunan itu akan diadakan di tujuh lokasi iaitu Masjid Negara, kompleks beli belah Sogo, Istana Negara, Pasar Seni, Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan Padang Merbok.

Antara lokasi yang diadakan sekatan jalan raya termasuk Jalan Duta, Jalan Ipoh, Lebuhraya Kerinchi, Jalan Sungai Besi susur Taman Desa, Jalan Sungai Besi susur Jalan Istana, Dang Wangi, Jalan Ipoh, Jalan Pahang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Loke Yew, Batu 31/2 Cheras dan Lebuhraya Besraya.

Satu Respons

  1. Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin adalah pengecut dan pengkhianat kepada rakyat.
    Hanya tahu beri janji kosong kepada GMI.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: