Himpunan Bantah ISA berjaya kumpul lebih 100,000

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata walaupun banyak rintangan dan halangan yang dihadapi para peserta perhimpunan, mereka telah menunjukkan semangat yang tinggi untuk terus berhimpun secara aman.

Menurutnya, walaupun kerajaan BN menggunakan media massa dan pasukan polis untuk menggagalkan perhimpunan itu, kehadiran puluhan ribu rakyat daripada segenap lapisan masyarakat membuktikan sokongan padu mereka agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.

“Walaupun memorandum tidak dapat diserahkan kepada Istana Negara, kita amat terharu dengan semangat yang ditunjukkan rakyat yang berkumpul secara aman bagi menggesa ISA dimansuhkan,” katanya.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Himpunan MANSUH ISA berjaya mencapai sasaran apabila lebih 100,000 penyokong Anti-ISA berkumpul di merata tempat sekitar Kuala Lumpur setelah di halang secara tegar oleh pihak polis.

HimpunanbantahISAberjaya
Sidang media khas yang diketuai Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi antara lain memutuskan akan menghantar Memorandum 10 Dekralasi ISA kepada Yang Dipetuan Agong dalam masa terdekat.

Sidang media turut dihadiri Lim Kit Siang; Dato Mustapha Ali, Dato’ Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Oleh kerana sekatan dan kekangan polis yanga agak ketat, menyebabkan tiada siapa dari pimpinan GMI dan Pakatan Rakyat yang bolos ke Istana Negara. Sebaliknya semua kumpulan penyokong berpecah dan akhirnya menuju ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut.

Lagi Gambar, Klik Di sini.

Antara tuntutan 10 Deklarasi ISA itu ialah mahu kerajaan melaksanakan siasatan awam dan menyiasat semua kes penyiksaan, penganiayaan, kezaliman dan tidak berperikemanusiaan ISA selama ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman berkata, 438 orang ditahan sehingga pukul 6 petang tadi termasuk 37 wanita dan 38 pesalah juvenil hari ini berikutan perhimpunan haram pro dan anti-ISA.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, kira-kira 200 orang yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan di sekitar ibu negara sehingga pukul 4 petang ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberitahu Bernama bahawa keadaan di ibu kota buat masa ini terkawal.

Mohammad Sabtu sebelum ini berkata, antara lokasi tangkapan ialah berhampiran Masjid Negara, Padang Merbok, Dataran Merdeka, Pasar Seni, Istana Negara, Masjid Jamek dan kompleks membeli belah Sogo.

Badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), yang membantah undangundang itu mengadakan perhimpunan di ibu negara hari ini bagi menyatakan pandangan mereka berhubung perkara itu.

Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan kira-kira 10,000 orang yang menyertai perarakan Gerakan Mansuh ISA (GMI) itu.

Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) yang sebelum ini merancang mengadakan perhimpunan di Pasar Seni menyokong ISA dikekalkan, membatalkan perhimpunan mereka kerana akur dengan arahan.

Video perhimpunan akan menyusul ….

Advertisements

8 Respons

  1. Tahniah kepada GMI kerana di atas kejayaan perhimpunan hari ini, walaupun di asak dari segenap penjuru tapi itulah semangat perjuangan yang di tunjukkan oleh rakyat amatlah cemerlang.Teruskan perjuangan kita.

  2. camtu ramainya pun nak dalih lg ke

  3. Tahniah kepada pejuang2 GMI. Anda semua adalah pejuang tulen dan jadi pendesak kepada kerjaan Zalim Najib Altantuya untuk menghapuskan akta zalim
    ISA. Teruskan perjuangan.

  4. Kepada pewaris anda juga berjuang, tapi
    perjuangan anda semua hanyalah untuk menutup pintu cahaya! anda semua lebih suka berada dalam kegelapan selamanya, menjadi pencacai kpd BN!

  5. koranglah yang akan meruntuhkan negara kita, suka buat kacau, merusuh tak tentu pasal. Yang datang semalam banyak pak turut, kalau tanya apa yang dia orang marah sangat jawabnya cuma satu “isa zalim”. Polis bukannya bodoh macam korang nak tangkap orang suka2, sebab dia orang pun ada anak bini, ada mak bapak, ada adik beradik, korang ingat dia orang tak ada otak ke. Bawalah bertobat…

  6. 5000 lebih katanya, sah wartawan utusan meloya mata rabun tak pun menyorok kat padang merbok sebab itu main tangkap muat jumlahnya.

    apa pun segala akan diteruskan di Permatang Pasir. jangan lupa jumpa di sana………………………..

  7. […] padu mereka agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan. “Walaupun memorandum tidak d click for more var _wh = ((document.location.protocol=='https:') ? "https://sec1.woopra.com" : […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: