Himpunan Mansuhkan ISA: 526 bebas

Seramai 526 daripada 589 orang yang ditangkap polis ketika perhimpunan berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara sepanjang semalam sudah dibebaskan.

Baki 63 masih lagi ditahan termasuk Ahli Parlimen Subang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), R. Sivarasa, Naib Presiden PKR, ditahan di kawasan berhampiran Kompleks Sogo petang semalam.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Sekretariat Himpunan Mansuh ISA, Kamaruzaman Mohamad ketika dihubungi berkata, seramai 52 penyokong perhimpunan anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan direman selama empat hari.

“Maklumat yang saya terima daripada peguam kami menunjukkan 52 orang sudah direman empat hari.

“Dan, nasib seramai 40 orang lagi akan ditentukan hari ini sama ada dibebaskan ataupun dikenakan reman juga,” kata beliau yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS.

Ketika ditanya sama ada polis sudah menghubungi mereka, Kamaruzaman berkata, “kami belum menerima apa-apa notis lagi.”

“Biasanya, berdasarkan pengalaman kami ketika mengadakan protes memansuhkan PPSMI dulu, polis mengeluarkan notis memanggil kami hadir untuk memberikan keterangan.

“Setakat ini (pagi ini) belum lagi, tapi kami difahamkan, berdasarkan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, 11 orang akan dipanggil,” katanya lagi.

13 DIREMAN
Ahmad Zamri Khuzaimi yang bertindak sebagai peguam penyelaras kepada mereka yang ditahan berkata, setakat pagi tadi 13 orang penyokong GMI sudah dikenakan reman.

“Berdasarkan maklumat kami, daripada 63 yang dikatakan masih ditahan, 13 dikenakan reman.

“Dalam tempoh dua jam lagi, kami akan dapat mengetahui berapa ramai yang akan ditahan reman dan sebagainya,” kata beliau ketika dihubungi 12.30 tengah hari tadi.

Peguam kepada PAS Wilayah Persekutuan itu berkata, sebahagian daripada 13 itu sudah dikenakan tahanan reman petang semalam di Mahkamah Majistret, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun beliau mengesahkan Sivarasa bukan merupakan antara mereka yang ditahan reman.

Katanya, peguam-peguam mereka akan membantah jika dikenakan tahanan reman ke atas baki 50 tahanan kerana sebahagian besar daripada mereka ditahan polis sebelum perhimpunan bermula.

“Perhimpunan bermula pukul 2 petang… jadi alasan mereka sertai perhimpunan tidak kena. Jadi, kami pun tidak pasti alasan yang akan digunakan oleh polis untuk menahan reman mereka,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: