Misi ke Pelantar Minyak dan Gas berjaya

Maaf (4 dan 5 Ogos 2009), tidak dapat update apa-apa berita kerana bersama-sama menyertai rombongan Misi Ahli Parlimen dan Kerajaan Negeri yang diketuai Dato’ Husam Musa ke Pelantar Minyak dan Gas (Pelantar Cakerawala) yang paling hampir dengan Pantai Kelantan iaitu lebih kurang 150 km pada 4 dan 5 Ogos 2009. Harap Maaf!!

Taklimat 1 – Oleh Dato’ Kamarudin Jaffar

Ekspedisi ke pelantar Minyak Cakrawala untuk meninjau kawasan pengeluaran petroleum di Laut China Selatan itu berlepas jam 10 pagi dari Jeti Pengkalan Kubor dengan dua bot, manakala sebuah bot lagi berlepas dari Pelabuhan Tok Bali yang turut mendapat kerjasama Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang berpengkalan di situ.

Taklimat 2 – Oleh Dato’ Husam Musa (1)

Taklimat – Oleh Dato’ Husam Musa (2)

Rombongan itu disertai anggota-anggota Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen termasuk dari luar Kelantan. Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Taklimat dan Doa oleh Dato’ Ustaz Ahmad Yaakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan

Sidang media

Ahli-ahli Parlimen yang menyertai rombongan ini adalah Dato’ Mahfuz Omar (Pokok Sena), Salahuddin Ayub (Kubang Kerian), Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib (Baling) dan anaknya, Ustaz Muhammad Husin (Pasir Puteh), Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang dan Suami), Saifuddin Nasuition (Machang), Abdul Aziz Kadir (Ketereh), Khalid Samad (Shah Alam)

Perjalanan ekspedisi sejauh 120 kilometer memakan masa kira-kira 12 jam dan akan bertolak pulang hari ini.

Kerajaan Kelantan yakin tuntutannya mendapatkan bayaran royalti minyak daripada Kerajaan Pusat akan dapat diselesaikan sebelum Aidilfitri pada September ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa.

Beliau yakin Kerajaan Pusat tidak perlu masa yang lama untuk menyemak rekod yang ada kerana kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini jelas bahawa Kelantan berhak untuk mendapatkan royalti bagi pengeluaran minyak di kawasan pelantar yang bertindih antara tiga negara.

“Kita yakin Kerajaan Pusat dapat membayar tuntutan Kerajaan Negeri selewat-lewatnya hujung September ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat pelepasan rombongan kerajaan negeri dan Ahli Parlimen untuk membuat tinjauan ke pelantar minyak Cakerawala di Geting, dekat sini pada 4 Ogos (Selasa) lalu.

Menurut Husam, ekspedisi yang dibuat itu merupakan misi moral, untuk menunjukkan adalah kesalahan kerana melengah-lengahkan pembayaran royalti.

Lagi foto menarik di sini dan di sini.

Advertisements

2 Respons

  1. selamat pulang wira2 sekelian..

  2. steady molex sek kitoo…puah ati molex buleh tgk video live..bravo2..gud job dato husam n da geng..bia nyo rakyat tahu sapo penyamun sbenar!!hok molex nyo teke brehem ali katok,,bia dio jawab psal isu minyok..kito nati dengar gapo nyo dio oyap..mugo bare x leh pakai mano tu gak..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: