Rombongan Ekspedisi ke Pelantar Cakrawala disambut Tok Guru MB

Seramai 45 peserta ekspedisi kerajaan Kelantan ke pelantar minyak Cakrawala di Laut China Selatan selamat kembali petang ini selepas bertolak ke kawasan berkenaan pagi semalam.

Dalam perjalanan ke pelantar Cakrawala ditahan sementara oleh Jabatan Laut walaupun telah mendapat kerjasama yang baik dengan Pasukan Maritim Malayisa (APMM) (4 Ogos 2009 10.00 pagi – 9.00 malam)

Mereka terdiri daripada wartawan, jurugambar, bloger dan pemimpin masyarakat tiba kira-kira jam 3.20 di jeti Pengkalan Kubur hari ini.

Manakala rombongan anggota Exco, Dato’ Husam Musa pula tiba di pangkalan Tok Bali jam 11 malam tadi. Rombongan itu disertai 20 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil rakyat.

Perjalanan pulang (12.08 pagi 5 ogos 2009)

Ketibaan di Jeti Nelayan Pengkalan Kubor pada jam 3.10 petang 5 Ogos 2009

Kepulangan dua bot milik nelayan itu disambut Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato’ Husam Musa.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Che Abdullah Mat Nawi.

Biar pun mereka nampak kepenatan, namun wajah setiap peserta ekspedisi kelihatan ceria apabila melihat Menteri Besar menyambut kepulangan mereka di jeti. Kumpulan dua bot itu berlepas kira-kira jam 10.05 pagi semalam di jeti Pengkalan Kubur.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz melahirkan rasa syukur kerana rombongan selamat pulang setelah mengikuti perjalanan ekspedisi itu selama dua hari.

“Ekspedisi ini misi rakyat dan mereka amat prihatin bagi mempertahankan hak mereka. Rakyat Kelantan sentiasa sedar terhadap tanggungjawab menjaga hak dan harta yang dikurniakan Allah, di samping menjaga maruah,” katanya.

Beliau berkata, biar pun perkara itu cuba dinafikan pihak lain rakyat Kelantan tetap yakin ia menjadi hak mereka.

Nik Aziz puji layanan Najib di SEZ-ECER
Sementara itu, di PEKAN, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, memuji layanan luar biasa Datuk Seri Najib Razak sepanjang lawatannya ke pelancaran Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (SEZ-ECER) di Pekan, Pahang, kelmarin.

Beliau berkata, penghormatan yang tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri sebelum ini dilihat sungguh cantik, di samping senyuman pemimpin Kerajaan Pusat serta kehebatan kawasan itu yang tiada tolak bandingnya.

“Saya dilayan dengan baik (oleh Perdana Menteri), dengan senyumnya, air muka yang jernih, saya dibawa melawat ke kawasan yang dianggap ‘corridor of power’ untuk pelabur luar negara, sungguh hebat,” katanya kepada pemberita sejurus menyambut kumpulan seramai 50 penduduk Kelantan yang menyertai misi melawat pelantar minyak di kawasan 170 kilometer dari pantai Tumpat.


Nik Aziz diminta mengulas lawatannya ke perasmian SEZ-ECER oleh Perdana Menteri di Pekan, kelmarin. – Bernama

SEZ-ECER adalah zon ekonomi khas pertama negara meliputi Kertih di Terengganu hingga ke Tanjung Agas di Pekan yang akan menyumbangkan 80 peratus kepada hasil keluaran ekonomi ECER.

Perdana Menteri berkata zon ekonomi khas mampu menarik pelaburan RM90 bilion dan menyediakan 220,000 peluang pekerjaan menjelang 2020 dan adalah yang pertama di Malaysia.

Nik Aziz berkata beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana sedia mengundangnya bersama pemimpin lain melawat kawasan itu yang dianggap memang luar biasa dari tempat-tempat lain. Bernama

Advertisements

2 Respons

  1. hidup kelantan..

  2. […] Ahmad Nisfu …hijau squad pada Misi ke Pelantar Minyak dan Ga…mydailyblog.info pada Rombongan Ekspedisi ke Pelanta…jaliey-m pada Misi ke Pelantar Minyak dan Ga…Paklah Muar pada Bersatu tawan DUN […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: