Isu Arak: Selangor ada mekanisme tertentu, kata MB

KEMASKINI:
Pengedar dan penjual minuman keras terutamanya kedai serbaneka di Selangor perlu menggunakan mekanisme sistem kawalan kendiri bagi mengelakkan suasana tidak senang di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Bagaimanapun sebagai permulaan, ia hanya akan dilaksanakan di Shah Alam, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Dalam tempoh satu bulan kita akan keluarkan garis panduan yang akan diguna pakai di seluruh negeri Selangor dan ia akan diumumkan kemudian,” kata beliau selepas mengadakan mesyuarat tertutup dengan pengedar dan penjual arak di kawasan Shah Alam, di Bangunan Sutlan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Antara mereka yang hadiri mesyuarat hari ini ialah Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Noor; Ketua Pegawai Eksekutif KK Supermart and Superstore Sdn Bhd, Datuk Dr Douglas KK Chai dan wakil kedai rangkaian 7 Eleven.

Menurut Khalid, Selangor tidak akan mengharamkan terus penjualan arak kerana mekanisme tersebut hanya akan dilaksanakan di kawasan majoriti penduduk beragama Islam. “Kita memberi mereka (kedai serbaneka) tempoh masa satu bulan untuk melaksanakan sistem kawalan sendiri di tempat-tempat yang dirasakan tidak perlu menjual minuman keras.

“Dalam masa yang sama, penjual juga tidak boleh mempamerkan minuman keras tersebut di rak kedai tersebut,” katanya. – mstar

Berita terdahulu
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, setiap pengedar arak di negeri itu perlu menjalankan mekanisme sistem kawalan kendiri bagi penjualan arak.

Bagaimanapun sebagai permulaan, ia hanya akan dilaksanakan di Shah Alam dalam tempoh sebulan.

Menurut Khalid, Selangor tidak akan mengharamkan terus penjualan arak kerana mekanisme tersebut hanya akan dilaksanakan di kawasan majoriti penduduk beragama Islam.

Manakala Umno Selangor melalui Noh Omar bersungguh benar apabila PAS Selangor nak lancar Kempen penerangan tengah hari ini – juga memfokus usaha agar Ronnie Liu yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal kerajaan tempatan, digantikan.

Kempen itu akan dilancarkan di seluruh masjid di Selangor selepas solat Jumaat hari ini, Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd. Shahir, lapor mstar.

Wahh, macam dah tak boleh bercakap dalam mesyuarat Exco. Dah tak buleh runding lagi, sampai nak buat Kempen nak pecat itu nak pecat ini. Ooooh Exco PAS tak boleh buat apa, majoriti lebih orang lain, cadangan ditolak!! Biasalah apabila jalan demokrasi diambil. Kena bersabar, dan kempen kena jalan terus supaya semua akan faham.

Berpakat dengan orang minum arak dengan haram minum arak mana samalah. Kena runding-rundinglah elok-elok. Baru boleh selesai. Lu minum arak dengan ana haram minum arak, berpakat, mana buleh! Tapi kot-kot mana kena runding sampai selesai. Jika tidak, tak payah perintah, bagi orang lain jer perintah senang.

Tapi Ronnie pun satu, kena fahamlah juga sensitiviti orang Islam. Kawallah sikit.

Huh seronoklah Khir Toyo, Noh Omar, benda sekecil itupun Pakatan Rakyat Selangor tak mampu selesai sampai terpaksa Ketua Umum PKRpun, Dato’ Seri Anwar berkata akan diselesaikan pada Mesyuarat Tertinggi Pakatan Rakyat 13 Ogos nanti. Jika tidak hancurlah Pakatan Rakyat. Dan itulah cita-cita Khir Toyo dan kuncu-kuncunyapun.

Harap-harap Kempen Hassan Ali dan Roslan Shahir buat kerana Allah bukan buat kerana Khir Toyo.

Kempen Hassan Ali disambut baik pemimpin Umno, MCA macamana?
“Kempen penerangan ini bertujuan menjelaskan pendirian PAS berhubung jualan minuman keras di kawasan majoriti masyarakat Islam di seluruh Selangor,” kata Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd. Shahir

Kempen ini dilancarkan ketika banyak pihak menunggu formula penyelesaian yang kemungkinan diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.

Sempena kempen PAS Selangor akan menaikkan kain rentang berbunyi “Bebaskan umat Islam dari arak. PAS menyokong tindakan MBSA” dan mengedarkan risalah yang berkaitan di semua masjid hari ini, kata beliau.

Meskipun kempen itu secara langsung tidak memfokus terhadap kedudukan Ronnie Liu sebagai Exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal kerajaan tempatan tetapi PAS Selangor yang mahu beliau digantikan tidak berubah, kata Roslan Shahir.

Kempen ini mahu menerangkan pendirian PAS, Ronnie bukan isunya,” jelas beliau.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: