Wartawan Pondan

kosmo 270809
Misi Royalti Misi Maut
Hari ini kami dikejutkan tulisan wartawan Kosmo, Mohd. Khairi Mohamad menampakkan mentalitinya yang sudah lupa daratan, lupa kepada perjuangan kaum nelayan. Kalau sekadar 26 jam perjalanan di samudera kecil ini bersama 30 orang sudah dianggap satu misi menyabung nyawa, maka bagaimana dengan kehidupan para nelayan laut dalam kita?

Adakah hari-hari nelayan laut dalam kita membunuh diri dengan keluar ke laut lepas dengan lima orang tenaga mencari rezeki dan 3 ke 4 hari baru pulang.

No. 1 dan No. 3 dari kiri adalah wartawan Kosmo - Foto Perisik Rakyat

No. 1 dan No. 3 dari kiri adalah wartawan Kosmo - Foto Perisik Rakyat

Kepada wartawan Khairi Mohamad anda tidak layak sebagai wartawan, anda hanya patut segera menarik selimut bersembunyi disebalik tilam empuk.

Sebagai wartawan, Khairi sepatutnya kena baca Pepatah Melayu dan kata bidalan berikut:
1. ‘Laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan’.
2. Bab kata bidalan ‘kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga’.
3. Sepatut wartawan Kosmo ini bersikap ‘Lautan yang dalam sudah diselami inikan pula air terenang’.
4. Rupanya wartawan Kosmo bersifat ‘Lautan dapat diduga, hati manusia siapakah dapat menduganya’.
5. Khairi kena berjiwa besar dan kena ingat pepatah melayu Pantang mati sebelum ajal.

Rupanya Khairi tidak faham misi pergi atau buat-buat tak faham atau kena pergi dengan misi tersendiri. Mungkin kepergian beliau ada udang di sebalik batu.

Orang lain dan saya turut serta buat kali pertama ke laut lepas, semua pulang dengan senyuman dan dengan pelbagai pengalaman pahit maung yang dipelajari. (lihat foto di sini – pengalaman seorang bekas ADUN Zaman Dato’ Asri belayar ke laut) dan Baca juga ini, warta’wang’ kata Blogger Perisik Rakyat.

Misi ini memberi banyak pengertian kepada perjuangan kehidupan. Misi kami ini adalah ingin mengesahkan apa cara sekalipun bahawa Pelantar Minyak dan gas adalah dalam kawasan perairan Kelantan. Justeru itu Royalti kepada Kerajaan Kelantan perlu dibayar seperti yang termaktub dalam perjanjian.

Kedua, misi ini memberi pengalaman baru kepada betapa susahnya hidup nelayan mencari rezeki menyabung nyawa untuk rakyat hidup diatas keringat mereka.

Jika inilah wartawan yang kita ada, lupakan saja mereka, memang mereka tidak layak untuk bergelar wartawan. Apa yang boleh saya katakan adalah wartawan ini adalah wartawan pondan.

Bagamanapun MISI ini berjaya pulang dengan selamat.

6 Respons

  1. Salam Bro,

    Pemahaman Ambo dari komen dia di blog ambo ialah dia hendak dilayan macam YB – YB. Apa kata kita suruh dia bertanding di Permatang Pasir atas tiket UMNO atau Bebas.

  2. Lupa nak tulis … Amba tak pernah beli Kosmo, cuma amba baca di kedai kopi. Tapi hari ni amba masih tak beli. Gambar kosmo atas tu amba copy dan paste dari blog sheih.

    Nak jadi calon Umno Permatang Pasir, jauh panggang dari api… wartawan pondan macam tu. Huuh, kalu akulah jadi chief editor kosmo aku bagi kerusi dan meja jaga kat pintu masuk pejabat jer, tanda wartawan lain mari atau tidak kerja… kah… kah.. nak tergelak aku baca berita dia.

  3. Baca kat Perisik Rakyat tadi… dia nie bukan ‘wartawan’ tapi ‘wartawang’…

  4. dah rasa nak mati tu… renti kan lah duk menipu rakyat dengan berita-berita fitnah dan ampu….

    mujur tak mati ari tu… tidak tak sempat nak mintak maaf ngan pembaca kosmo yang kena tipu…

  5. Tu baru sikit ALLAH uji dio….kalu nyawo dok halkum….
    Bertobat le cepat- cepat….

    Wallahualam

  6. salam sahabat…rasa ye kalau kita hanya bercakap di ruang maya (internet), rasa macam tak puas..betul tak..paling tidak, dapat bertentang mata, lebih seronok..mari kalau berhajat untuk berdiskusi, berdebat dengan saudara Khairi..hadir ke ke kedai kopi di Jalan Che Su, Kota Bharu..berhadapan dengan Hotel Crystal Lodge.boleh berbual panjang..Khairi nak belanja kopi..saudara boleh ajak sesiapa..tukang komen blog saudara pun boleh bawak..maaf la ye, jemputan ini datang dari orang biasa, bukan orang politik..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: