ADUN Terengganu dibebas dengan ikat jamin RM5,000, Siapa sebenarnya?

Berita Harian dan semua media melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahad lalu kerana meminta habuan daripada sebuah syarikat swasta, dibebaskan semalam dengan jaminan RM5,000 sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Tetapi, siapa sebenarnya ADUN Terengganu dari BN itu, masih menjadi teka teki? Kenapa tidak diberitahu nama mereka sedang kes telah di bawa dalam prosiding dalam kamar Hakim.

Hakim Mahkamah Sesyen Rofiah Mohamad, mengarahkan Adun itu bersama dua rakan yang dikatakan sebagai ejennya, dilepaskan dengan ikat jamin dengan seorang penjamin setiap seorang.

Rofiah menetapkan jaminan RM5,000 setiap seorang dan mengenakan syarat perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.

Prosiding diadakan dalam kamar kerana Jumaat adalah hari cuti di Terengganu dan tempoh reman terhadap mereka juga berakhir, semalam.

Sementara itu, peguam bela Adun berkenaan, Syed Azimal Syed Abu Bakar ketika ditemui di luar mahkamah berkata, sebelum prosiding anak guamnya dibawa ke Hospital Daerah Kemaman untuk pemeriksaan kerana mengadu sakit dada.

Dua lagi rakan Adun itu diwakili peguam Mohd Hisham Abdul Rahim.

Ketiga-tiga mereka tiba di mahkamah jam 10.45 pagi menaiki tiga kenderaan dan dua daripada mereka termasuk Adun dilihat memakai topeng penutup muka dan topi. Semua mereka dilihat meninggalkan mahkamah jam 11.30 pagi.

Pekarangan mahkamah turut dipenuhi dengan penyokong dan keluarga ketiga-tiga mereka. – Berita Harian 8 Ogos 2009

Kerana pakai topeng, makanya wartawan tidak dapat mengenali mereka. Huuuh jika ADUN PAS, ADUN PKR atau ADUN DAP gegak gempita seluruh dunia. Tiap-tiap hari nama terpapar dalam media cetak dan elektronik.

Lihat saja isu Rasuah di Selangor, isu RM2,400 tak selesai-selesai sampai hari ini. SPRM serbu pejabat Exco, berpuluh-puloh saksi dipanggil. Sampai Exco kerajaan negeri Selangor tidak dapat buat kerja. Itupun kerja depa. Si Nazree (Gerak) dapat apa pula, entah dapat upah dari Khir Toyo (tak pastilah ni?) terima laporan terus lapor kepada SPRM.

Dulu kes lembu yang babit Tan Sri Khalid dah buang kes. Last-last tidak ada kes. Buat menyusah pegawai SPRM siasat. Si budak Nazree pula pantang ada laporan, periksa la dulu bincang dengan kawan-kawan, buat malu Gerak. Ha ler ni dok naik turun mahkamah, kena tuduh buat fitnah. Ha padan muka. Lain kali periksa betul-betul. Jangan jadi macam Ezam Md Noor, cakap ada bukti berkotak-kotak, sekarang habuk pun tarak. Masuk angin, keluar asap.

Semalam Pejabat Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismail petang ini diserbu sekumpulan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor. – Utusan Malaysia

Bagaimanapun dinafikan Rodziah.

Saya hanya nak tonjolkan dua kes yang berbeza, satu kes dah di bawa ke mahkamah, masih media tidak mahu mendedahkan nama kerana mereka ini dari kalangan orang BN dan cuba sorok-sorokkan (perbicaraan dalam kamar dll) dan apabila kes melibatkan Pembangkang atau Pakatan Rakyat, siasat sahaja dah didedahkan nama mereka.

Inilah ANTARA DUA DARJAT zaman NAJIB AL-(tulis sendiri)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: