Isu Arak: Ronnie Liu sambut baik pelawaan Tok Guru Nik Aziz

Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu menyambut baik pelawaan Tok Guru Nik Aziz menjemput beliau ke Kelantan untuk melihat bagaimana Kerajaan Kelantan melaksanakan penguatkuasaan mengenai minuman keras.

“Saya difahamkan, negeri-negeri di Pantai Timur tidak mengharamkan penjualan minuman keras dan tiada halangan untuk berbuat demikian, Cuma penjualannya perlu mempunyai lesen.

“Kaedah permohonan lesen adalah sama dengan negeri-negeri lain iaitu sebarang permohonan perlulah mendapat kelulusan daripada Pegawai Daerah masing-masing,” katanya, semalam.

Mengulas desakan Datuk Dr Hasan Mohammed Ali, Ronnie berkata: “Beliau seorang pemimpin yang baik, malah hubungan beliau dengan saya sama ada dari segi peribadi dan urusan kerja tidak mempunyai sebarang masalah, berbeza pendapat adalah biasa.”

Semalam, Kerajaan Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Aziz bersedia membantu Selangor jika kerajaan negeri itu berminat mempelajari kaedah pengurusan dan penjualan arak kepada penduduknya yang bukan beragama Islam.

Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sistem penjualan arak di negeri ini berkesan dan mampu memberikan keselesaan kepada pengguna dan peniaga bukan Islam mengikut kaedah yang dituntut Islam.

“Kalau Ronnie Liu (Exco Selangor) nak mari, sebagai tuan rumah kita kena sambut tetamu yang mahu datang atau berkunjung ke rumah kita untuk belajar cara-cara kita mengendalikan sistem penjualan dan pengurusan kedai minuman arak kepada bukan Islam negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan durian bersama masyarakat Cina di sini, semalam.

Tok Guru berkata, kerajaan Kelantan mula melaksanakan sistem pengurusan penjualan arak di negeri ini selepas Pas mula mengambil alih teraju pentadbiran negeri ini pada 1990.

“Kalau boleh saya tak mahu campur urusan negeri Selangor itu kerana saya sendiri tidak tahu secara jelas apa punca kejadian itu, selain dari surat khabar dan media,” katanya. – sumber Sinar Harian 8 Ogos 2009

Advertisements

5 Respons

  1. Budak YB2 baru kena dok belajar banyak dengan pemimpin veteran PR!!especially Hassan Ali..baru jadi exco habis riuh rendah..tok guru dah 20 thn perintah xde masalh teruk pun!!aku sokong haram arak tu..tapi pandai2 cara tu..yg pi wat sidang akhbar tu apahal…awat bz sgt sampai tak masuk mesyuarat exco ke nkm bincang???

  2. Ronnie Liu dan Hassan Ali tu 2 x 5 saja.

    Sama-sama tidak menggunakan kepala otak semasa bercakap atau bertindak.

    Pakatan Rakyat lebih aman dan sejahtera tanpa mereka. Tambah dua lagi. Zul Kulim dan Jeff Ooi. Kesemuanya tak layak jadi wakil.

    a bleeding malaysian
    http://bleedingmalaysians.wordpress.com

  3. INGIN KU KATAKAN KPD PARA PEJUANG (ISLAM)
    JUGA INGIN AKU AJUKAN PERTANYAAN
    KPD PENDAKWH2 MERATA DUNIA
    DIANTARA KALIAN ADA YG SUDAH BERJUANG
    PULUHAN LAMANYA
    SELAMA SAUDARA BERJUANG SUDAH BERAPA ORANG YG SAUDARA ISLAMKAN?
    DIANTARA ORG ISLAM PULA, BERAPA RAMAI YG TIDAK BERSOLAT LALU BERSOLAT?
    YG SUDAH BERSOLAT BERAPA RAMAI PULA YG SOLATNYA MENDATANGKAN KESAN?
    MEMBERI KESAN DIDALAM PERIBADINYA,
    DIDALAM KELUARGANYA, DIDALAM TINDAKANNYA, DIDALAM PERGAULANNYA?
    KALAU ADA YG INSAF, KEMUDIAN MENYERAH DIRI KPD KALIAN, MAMPUKAH SAUDARA MEMBERI TEMPAT KPD MEREKA UTK HIDUP SECARA ISLAM?
    JIKA SAUDARA TIDAK DAPAT MEMBERI JAWAPAN YG MEMUASKAN, INGIN AKU BERTANYA, SELAMA INI APAKAH YG SAUDARA PERJUANGKAN?
    APAKAH YG SAUDARA CAKAPKAN SELAMA INI?
    APA DAKWAH YG SAUDARA LAKUKAN?
    KEMANA SAUDARA AJAK ORG RAMAI?
    KEPADA ALLAH? KEPADA DIRI? KEPADA PARTI? KEMARAHAN? ATAU HOBI?
    AKU HARAP NILAILAH PERJUANGAN SAUDARA!
    TAKUTILAH ALLAH DIDALAM SETIAP PERKATAAN.
    INGATLAH ALLAH DIDALAM PERJUANGAN.
    AGAR PERJUANGAN KITA DIREDHAI ALLAH.
    BUKANNYA UTK MENGHENTAM ORG.
    AGAR ISLAM ITU ADALAH ISLAM KEBENARAN, BUKANNYA ISLAM IDEOLOGI..

    (SAJAK DIPETIK DARI SYEIKH ASHAARI MUHAMMAD)

  4. Perlu perketatkan lagi undang2 berhubung penjualan arak..
    >
    >
    >
    Suara Generasi Baru 1 Malaysia
    >>Blog 1 Malaysia

  5. Kan gua dah kata , YB -YB baru ,terutama perpangkat exco ( Yang Berkhidmat ) untuk rakyat pelbagai jenis bangsa malaysia ,agama , latar belakang budaya , khususnya dari DAP , sambutlah pelawaan TGNA , datanglah ke negerinya untuk kajian komprehensif , khususnya dalam isu penjualan khamar (arak ) atau ape-ape aje .

    Kalau asyik emosi dalam tuturkata , apatah lagi keceluparan ,
    rakyat memerhati……
    Tiada masalah yang tak dapat dirungkaikan…… janji minda dan otak berfungsi rasional…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: