Umno Cemas, Anak Muda sokong Himpunan Mansuhkan ISA

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini berkata Umno merasa cemas apabila 95% orang Melayu turun ke jalanraya menyokong Himpunan mansuhkan ISA pada 1 Ogos lalu.

“Daripada 95 % orang Melayu yang turun ke jalanraya, 70% daripada adalah Anak Muda, ini yang mencemaskan Umno,” kata Mahfuz mengulas tuduhan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Dato’ Seri Anwar sebagai Pengkhianat Orang Melayu.

Ketika ditanya isu Dato’ Seri Anwar dituduh sebagai ‘Pengkhianat kepada Orang Melayu’, Mahfuz berkata, Siapa pengkhianat kepada orang Melayu sebenarnya, Umno, Umno, Umno Johor (Muhyiddin Yassin), katanya kerana Umno sudah memerintah lebih 50 tahun, bukan DAP, Bukan PAS.

Bercakap kepada pemberita di Pejabat Agung PAS hari ini, isu-isu yang disentuh Mahfuz adalah seperti berikut:

Isu Pilihanraya Kecil Permatang Pasir (Penamaan Calon 17 Ogos 2009 dan Hari Mengundi 25 Ogos 2009)

Suruhanjaya Pilihanraya tidak pro pengundi apabila mengisytiharkan Hari mengundi bagi Pilihanraya Kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos 2009 iaitu hari Selasa (Hari Bekerja). Sepatutnya SPR memberi peluang kepada Pengundi untuk turun mengundi tanpa perlu bercuti.

Isu H1N1

Datuk Mahfuz Omar hari ini meminta Perdana Menteri memberi tumpuan utama kepada isu H1N1 yang semalam telah meragut 9 nyawa bukannya merampas Selangor.

“Slogan Rakyat didahulukan tidak dilaksanakan bahkan Dato’ Najib lebih menumpukan kepada isu merampas Kerajaan Selangor daripada pakatan Rakyat.

“Untuk merampas Selangor lebih baik Dato’ Najib tunggu pilihanraya umum akan datang, dan sekarang adalah masa untuk menyelesaikan masalah rakyat,” katanya dalam sidang media petang tadi.

Isu Kekurangan Gula

Datuk Mahfuz Omar hari ini meminta Kerajaan tidak berdagang dengan rakyat, sebaliknya kerajaan perlu memberi keutamaan kepada pengguna bukan memonopolikan kepada dua syarikat semata-mata.

Advertisements

4 Respons

  1. 1 Malaysia rakyat dah muak dengan umNO/Bn.Rakyat juga menyampah tengok muka nagib Rasputin…

  2. Komen tuan di delete kerana tidak sesuai disiarkan. Harap maaf

  3. apa pun PR kena berjaga-jaga. Najib dan Madey dah berbunyi, nampak yakin Selangor bakal di tawan. Rasanya banyak duri dlm daging dlm PR ni.

  4. aku sokong ranjit

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: