PAS tak mudah dipengaruhi keluar Pakatan Rakyat – Tok Guru Nik Aziz

PAS tidak akan melayan sebarang gesaan Umno supaya ia keluar daripada Pakatan Rakyat (PR), kata Mursyidul Am PAS, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata PAS tidak mudah terpengaruh dengan desakan mana-mana pihak dalam menentukan pendiriannya berhubung semangat setia kawan dalam pakatan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian hari ini ketika diminta mengulas cabaran Pergerakan Pemuda Umno supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat berikutan kemelut yang melanda dalam gabungan itu sejak kebelakangan ini.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, telah menggesa PAS supaya keluar dari pakatan itu ekoran tindak-tanduk DAP terhadap PAS.

Tok Guru Nik Aziz berkata keputusan PAS tidak mahu keluar daripada Pakatan Rakyat sudahpun dibuat dalam Muktamar Pas di Ipoh tidak lama dahulu. – Sumber BERNAMA

10 Respons

  1. PAS, PKR dan DAP seperti aur dengan tebing. Saling membantu antara satu sama lain. Sama2 mengaut keuntungan masing2. Dalam pada masa itu siapa yang sedang mengaut lebih untung? PAS, PKR atau DAP?

    Hasil dari bersepakatan PAS, PKR dan DAP berjaya menawan 5 buah negeri pada PRU 12 yang lepas.

    Sebenarnya apa yang di namakan “Pakatan Rakyat” ini tidak ujud dalam ertikata yang sebenarnya. Ianya cuma di sebut ketika menghadapi PRU atau PRK sahaja, lepas itu mereka membawa haluan masing2.

    Sebagai contoh, P Pinang walaupun PAS telah memenangi satu kerusi DUN, tetapi PAS tidak di beri sebarang jawatan dalam pemerintahan negeri P Pinang.

    Begitu juga dengan Kedah, DAP ada satu kerusi DUN, ianya juga tidak ada sebarang jawatan. Akan tetapi, DAP Kedah lebih bijak dari PAS P Pinang. DAP Kedah cuma ugut keluar PR kerana perkara kecil bab rumah potong babi saja PAS Kedah sudah ‘pucat muka’, kini PAS terpaksa adakan fortpolio khas untuk DAP supaya boleh bersuara dalam hal pentadbiran negeri Kedah.

    PAS P Pinang macamana? Kecut telok atau pun tadak telok langsung. Walaupun PAS banyak membantu menangkan banyak kerusi kepada DAP dan PKR tetapi PAS dianjing kurap kan. Sanggup jadi anjing kurap kepada DAP dan PKR kunun kerana “Pakatan Rakyat”.

    Di Perak pula ujud kerajaan “boneka” PAS@DAP. Menteri Besar PAS, 70% EXCO nya cina dan india. PAS sangat berbangga dengan kerajaan “boneka” di Perak. Apabila kerajaan “boneka” ini runtuh ada penyokong PAS yang sanggup mati bunuh diri atas jalan raya.

    Sekarang kita sedang saksikan PAS Selangor pula di anjing kurap kan oleh DAP dan PKR. Sanggup kah PAS terus di anjing kurap kan selama2 nya dalam Pakatan Rakyat?

  2. Aku kato pd mu : anonymous (tiada pengenalan) :

    Eh…eh … lebih sudu pada kuah hang , bunyi macam mainstream media , crito tuler …
    Ikut suko dio laaa….. pas tk nok keluar pakatan….
    menyibok sangat sal pe….toK RETI sokmo…

  3. Anak2 muda hari ini terlalu giarah berpolitik. Malang nya mereka sangat kurang atau terlalu cetek tentang ‘kuasa politik’.

    Kuasa politik Tanah Melayu harus di terajui oleh Melayu/Islam. Ertinya ketua pentadbiran Melayu/Islam dan EXCO nya mestilah lebih 51% Melayu/Islam. Jika perkara ini TIDAK berlaku ini bermakna ‘kuasa politik Melayu/Islam’ tidak ujud.

    Perkara ini sudah berlaku di negeri Perak. Walaupun PAS cuma ada 6 kerusi DUN, wakil PAS menjadi Menteri Besar Perak. Tetapi jika di lihat pada barisan EXCO nya, PAS cuma ada seorang ahli sahaja. Sedangkan DAP/PKR ada 9 ahli EXCO nya.

    Jika di pecahkan kepada kaum, Melayu/Islam cuma ada 3 ahli EXCO berbanding DAP/PKR 7(bukan melayu/Islam). Inilah yang di namakan Melayu/Islam sudah kehilangan ‘kuasa politik’ nya.

    Fikir2 kan……

    • salam,

      wak labu, sape yg sebabkan kuasa politik melayu & islam berkurang? jawabnya UMNO!!! mereka yg mengubah sempadan pilihanraya dgn cara memperbanyakkan lagi kawasan2 majoriti non-muslim spaya mereka dpt kekalkan kuasa pd pru 2004. ini disebabkan pru 1999 majoriti melayu menolak umno-bn…skrg mereka pula yg bertempik mengatakan PAS & ANWAR pengkhianat melayu..mudahnya mereka lupa

  4. Sekilas pandang nampak ade logiknya, tapi sebenarnya, sape yang selalu merubah persempadanan melalui kuasa SPR ,sehinggakan telah banyak kawasan2 majoriti melayu ,
    di ‘ persiat-siatkan ‘ sehingga menjadi kecil , terutamanya ,
    di negeri – negeri bukan majoriti melayu yang ketara , kononnya , untuk tambah representasi rakyat .
    Sedangkan , negeri-negeri majoriti melayu seperti di pantai timur dah tak di buat persempadanan .
    Hari ini , siapa sebenarnya , yang lebih memerlukan undi bukan melayu ,tatkala cina malaysia , tak nak sekapal dengan tekong mereka yang lama ?

  5. Kuasa politik mesti diterajui oleh melayu/islam, itulah modalnya dibawa oleh umno berpusing-pusing setiap hari, bulan dan tahun semenjak kejutan didalam pilihanraya ke 12 pada tahun 2008. Kalau dah cerdik sangat mula dari sekarang kempen orang-orang melayu agar mengundi pas didalam pru yang akan datang supaya banyak kerusi melayu diterajui oleh pas.

  6. Itu kata Nik Aziz. Tapi kepala satu lagi akan berkata di sebaliknya. Nik Aziz bukan nakhoda mengikut perlenbagaan parti. A.Hadi yang jadi nakhoda secara perlembagaan parti. Nik Aziz adalah penasihat sahaja.

  7. Itu kata Nik Aziz. Tapi kepala satu lagi akan berkata di sebaliknya. Nik Aziz bukan nakhoda mengikut perlenbagaan parti. A.Hadi yang jadi nakhoda secara perlembagaan parti. Nik Aziz adalah penasihat sahaja .
    Waima pejuangan di teruskan untok mendapatkan kemerdekaan yang tulin.

    Mari berbahas sama ada kita telah merdeka ataupun kita di merdekahahaha kan ?
    Rujuk rencana “Merdekahahaha !” di…

    http://warongpakyeh.blogspot.com

  8. salam

    setiap isu dibahaskan dengan mengutarakan kelemahan / tindak tanduk parti masing dan tiada penyudahnya. sementara kuasa ada di tangan, adakah PAS meneruskan kesinambungan pemerintahan ala UMNO atau adakah PAS berani melakukan perubahan pemerintahan Islam di 5 negeri ?

  9. Sebenarnya Pas takut kalau hilang pengaruh dlam Pakatan Rakyat,yelah dah DAP DAN PKR yang majoriti konker semua setakat nie..Pas nak taknak kenalah ikut apa saja kata diorang,tak malukah orang MELAYU yang pergi berdemonstrasi kat KL baru-baru nie…orang2 atau ketua-ketua pemimpin macamnie ker yang kita nak terajui kita semua..emosi sendiri tak terkawal macamana nak kawal negara.Kalau tengok senario sekarang nampak gayanya kalau Pas jadi pemerintah satu hari nanti ikut jerlah apa kata orang kafir……..dulu dap ckp pas macam2 tup tup sekarng jadi member baik……tolonglah jangan sebab gila sangat kat politik sampai nak jual agama dan bangsa sendiri,tanahair sendiri..abis besok kalau malaysia ni dah bukan islam memerintah pas nak dok mana,dok kat afrika ker?……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: