Isu Arak: PR Setuju langkah Selangor

Pakatan Rakyat (PR) dalam mesyuarat Majlis Pimpinan semalam sebulat suara bersetuju dengan langkah kerajaan Negeri Selangor supaya pengedar dan penjual minuman keras di Selangor perlu menggunakan mekanisme sistem kawalan kendiri.

Sidang media selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan rakyat

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu perselisihan antara dua Exco Selangor iaitu Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan Ronnie Liu telah selesai dan hanyalah masalah kecil tetapi telah diperbesar-besrakan oleh media.

Menurutnya, PR bersetuju agar arak tidak dijual kepada orang Islam dan penjualan kepada orang bukan Islam kekal seperti sedia kala.

”Kita sepakat setelah bermesyuarat bahawa isu arak di Selangor yang digembar-gemburkan media sebelum ini telah selesai.

”Kita juga bersetuju supaya arak tidak dijual kepada orang Islam dan penjualan kepada orang bukan Islam kekal seperti sedia kala,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PR di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Datp’ Hassan Ali dan lain-lain dan dari PKR, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R Sivarasa, Mustafa Kamil Ayub dan lain-lain, dari DAP, Teresa Kok, Chong Eng, Ronnie Liu.

Menurutnya, tidak timbul isu pemimpin yang terlibat diarah untuk tidak bersuara kerana isu ini diselesaikan melalui forum yang dipersetujui semua pimpinan PR.

”Tiada persoalan mengenai arahan tutup mulut kerana mereka semua setuju menggunakan forum dan kami berasa gembira dengan komitmen yang diberikan,” katanya.

Anwar berkata, mesyuarat dan forum yang membincangkan masalah dalaman parti seperti ini mampu memperkuatkan PR.

”Memang ada arahan jelas oleh pimpinan parti supaya kita gunakan forum peringkat negeri dan pimpinan untuk berbincang masalah berbangkit.

”Kalau kita tidak dapat selesaikan kita akan rujuk kepada panel tatatertib supaya ia (masalah) dapat di bincang untuk mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya,” katanya.

Sebelum ini, Hasan mendesak perlucutan jawatan Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu selepas campur tangan ahli-ahli politik dalam isu jual arak di Selangor.

Hasan juga mahu penjualan arak di kawasan yang mempunyai majoriti orang Islam diharamkan. Tindakan itu menyebabkan DAP Selangor mendesak satu jawatankuasa tindakan disiplin diwujudkan bagi membincangkan tindakan yang akan dikenakan terhadap Hasan.

Terdahulu, Ronnie Liu mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya memulangkan bir yang dirampas di sebuah kedai serbaneka dekat sini

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: