Perselisihan Faham Hasaan Ali-Ronnie Liu Selesai

Isu penjualan arak di Selangor, yang melibatkan perselisihan faham dua Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan Ronnie Liu kini selesai.

Pesuruhjaya Pas Selangor itu berkata, perselisihan faham antara beliau dengan Ronnie hanya perkara kecil dan diperbesarkan UMNO dan media.

“Semuanya selesai. Ia hanya masalah dalaman kecil yang disensasikan UMNO yang kami anggap ia selesai sepenuhnya.

“Prinsip Islam adalah jelas, tidak membenarkan arak dijual kepada orang Islam dan larangan itu hanya berkuat kuasa kepada penduduk yang majoritinya beragama Islam,” katanya selepas Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) di sini, semalam.

Beliau turut menafikan hubungan Pas dan DAP di Selangor kian dingin berikutan perbezaan pendapat tersebut. Pas dan DAP kini banyak mencapai persetujuan bersama.

Sementara itu, Ronnie Liu yang juga Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor berkata, soal penjualan arak di Selangor diselesaikan secara aman dan mendapat sokongan Majlis Tertinggi PR yang lain.

Menurutnya, pergeseran Pas dengan DAP berhubung isu arak ini hanya masalah peringkat dalaman, tetapi Barisan Nasional (BN), terutama UMNO mengambil kesempatan dengan mensensasikannya seolah-olah ia menjadi isu nasional.

“Apa yang boleh saya katakan, DAP dan Pas sudah mencapai keputusan bersama dan saling hormat-menghormati dalam soal ini,” katanya.

Ronnie berkata, Kerajaan Negeri juga tidak mengambil langkah drastik seperti mengharamkan penjualan minuman beralkohol sepenuhnya memandangkan rakyat di Selangor terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Hasan juga menegaskan Pas Selangor tidak sesekali akan mengadakan ‘road show’ bersama Pemuda UMNO Selangor bagi mendapatkan sokongan rakyat untuk menggugurkan Ronnie sebagai Exco Selangor.

“Kita ada ketua dan kita semua setuju dengan gesaan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk terus mengekalkan Ronnie memegang portfolio tersebut,” katanya.

Dua pemimpin berkenaan dilihat begitu mesra dan saling berjabat tangan di hadapan media.

Malah mereka juga sepakat berkata pertemuan mereka dengan kesemua pemimpin PR dalam forum itu dilihat berjaya menambah keyakinan untuk terus menyumbangkan bakti kepada rakyat.

Advertisements

Satu Respons

  1. moleklah kalu selesai gak.. kemelut berpanjangan akan hanya merugikan PR sahaja.. musuh2 sentiasa mencari ruang dan peluang melaga2kan pemimpin kita.. cuma musykilnya isu arak di selangor macamana.. dah selesai ke belum..? kalau dah penyelesaiannya lagu mana..?? adakah kita berpuashati dgn saranan MB Selangor yg mengenengahkan konsep kawalan sendiri .. bagi saya tanpa penguatkuasaan undeng2 agak sukar dibendung gejala negatif ini..
    arak haram disi Islam .. amat jelas .. dalam agama lain juga mengkatogorikan penagihan arak sebagai perbuatan tidk bermoral..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: