Presiden MCA nafi terima ‘derma’ RM10 juta

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat semalam membuat laporan polis terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, Datuk Seri Tiong King Sing dan menyamannya jika tidak menarik balik tuduhan bahawa beliau memberikan RM10 juta untuk aktiviti parti itu tahun lalu.

Menteri Pengangkutan itu menafikan bahawa beliau menerima wang itu.

“Peguam saya diarahkan memfailkan satu injunksi menghalang King Sing daripada membuat tuduhan fitnah lagi,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat MCA di sini, semalam.

Menurutnya, satu laporan difailkan di Balai Polis Cheras, semalam, mengenai kenyataan fitnah itu yang disiarkan portal Malaysiakini, semalam.

Tee Kiat berkata, peguam beliau akan menghantar surat kepada King Sing untuk memintanya menarik balik tuduhan itu dalam masa tujuh hari atau menghadapi tindakan undang-undang.

“Inilah kerja orang yang mahu menidakkan ketulusan dan tangungjawab saya sebagai Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA. Jelas menunjukkan motif dan niat individu-individu ini untuk menjejaskan usaha Kementerian Pengangkutan dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) berhubung isu Zon Bebas Lembaga Pelabuhan Klang,” katanya.

Kuala Dimensi ialah kontraktor projek siap guna PKFZ yang juga menjadi perkara utama dalam siasatan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC).

King Sing, Ahli Parlimen MCA Bintulu dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional, mendakwa bahawa wang itu diserahkan dalam tiga pembayaran.

“Sebagai Presiden MCA, saya yakin parti ini sangat kuat untuk menghadapi cabaran seperti ini dan usaha-usaha untuk melemahkannya,” kata Tee Kiat.

Mengenai dakwaan beliau menggunakan jet khas syarikat tersebut lima kali dengan kos RM120,000 (AS$40,000), Tee Kiat berkata, beliau hanya menggunakannya sebanyak empat kali tahun ini.

“Pada kebiasaan, jika saya boleh naik pesawat komersial, saya akan… hanya jika saya sangat memerlukan perkhidmatan seperti itu, disebabkan kesuntukan masa atau segera, barulah sebagai pilihan terakhir, saya cari perkhidmatan ini,” kata beliau.

Beliau mempersoalkan keikhlasan syarikat itu membuat dakwaan seperti itu, dengan mengatakan jika ada pembayaran tertunggak, satu invois boleh dikemukakan kepada Kementerian Kewangan. – Sumber BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: