Tok Guru mengakui silap, “Tindakan DAP tidak pelik” kerana …

Tok Guru Nik Aziz mengakui beliau telah tersilap menggunakan perkataan ‘tidak salah’ ketika mengulas isu pemimpin DAP yang didakwa menghina Islam.

Tok guru menyatakan, perkataan sepatutnya dinyatakan ialah ‘ tidak pelik’ kerana mereka bukan beragama Islam.

“Perkataan tidak salah yang saya sebut itu sebenarnya bermaksud ‘tidak pelik’. Perkara itu berlaku kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang Islam,” katanya selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Jambatan Konkrit Kampong Kelaweh ke Kuala Sat.

Tok Guru Nik Aziz berkata , perkara tersebut juga bertitik tolak daripada sikap umat Islam yang tidak menyebarkan Islam atau berdakwah kepada kaum lain melainkan kaum Melayu sahaja.

“Macamana mereka nak ‘reti’ mengenai Islam hanya berdakwah kepada orang Melayu sahaja dan tidak kepada kaum-kaum lain di Malaysia ini.

Muhyiiddin hairan dengan sikap Tok Guru
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hairan dengan sikap Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membiarkan segelintir pemimpin DAP menghina Islam.

Beliau berkata sebagai seorang tokoh agama dan ketua kerajaan negeri (Menteri Besar Kelantan), Nik Aziz sepatutnya mempertahankan Islam daripada dihina.

“Saya pun hairan dan takjub (berasa aneh), seorang tokoh agama (Islam) boleh menghalalkan orang lain menghina Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Kebangsaan 2009 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, semalam.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas sikap Nik Aziz yang tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana beliau (Nik Aziz) berpendapat parti DAP bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap agama rasmi Persekutuan itu mungkin tidak mendalam.

Advertisements

2 Respons

  1. Salam…

    Paling penting Tok Guru dah mengakui kesilapannya. Muhyiddin hairan…Kita lagi hairan Melayu Islam UMNO yang menghina agamanya dengan perlakuan, perbuatan serta percakapan, contoh ‘ISA’. Tidakkah mereka menghina agama Allah dengan memakai undang-undang yang diwujudkan oleh kaum kafir.

    http://jutawanklik.com?a_aid=f7ff7bd5

  2. Ada benarnya…”tidak salah” dan “tidak pelik”…Kalaulah benar mereka hina Islam, “tidak salah” berbanding dengan “salahnya” mereka tidak beriman. Kerana “tidak beriman” itu tak terampun [janjiNya] Kesalahan “hina Islam” jadi kecil berbanding dengan “tidak Islam”. Kerana “tidak Islam” jadi “tidak pelik”lah perangai begitu. Tetapi ingat, mereka “hina Islam” kerana Islam dikelirukan UMNO…hanya PAS tak terkeliru dengan Islam…UMNO yang terkeliru dengan Islam, “tidak salah” dan “tidak pelik” lah ia mengelirukan DAP, MCA, MIC dll selama 52 tahun…Kebal PAS tak terkeliru malah akan membetulkan kekeliruan tentang Islam pada UMNO, DAP, MCA, MIC dll…Dalam usaha kerja membetulkan kekeliruan itu adalah tersalah dan tersilap, kerana PAS tak maksum…UMNO ambil kesempatan [nampak reti pula ! cepat nak persalahkan PAS -TGNA- yang tersilap] UMNO wajib membetulkan dirinya terkeliru dan mengelirukan bukan Islam demi kepentingan mereka. Kepada yang bukan Islam, nak tahu tentang Islam, tanyalah PAS, jangan tanya UMNO kamu makin bengong dan tak bertemu kebenaran Islam…soal kamu tak mahu “masuk Islam” itu urusan kamu, tapi kamu tidak kenal Islam melalui UMNO…Malah kamu semua dirosakkan selama ini oleh UMNO. Ugama kamu tidak suka minum arak tapi UMNO menghalalkan arak untuk kamu, malah menghalalkan arak untuk orang Islam dari segi perundangan negara walau pun perundangan agama Islam dan agama kamu melarang kerana UMNO mahu wang ! pitis ! Kamu kena belajar, apa yang PAS tentang itu bukan pandangan manusia PAS, terutama bila bunyi halal – haram, itu hak Allah Yang Maha Mencipta. Kena faham juga negara ini orang Islam yang punya…jangan laju sangat menuntut dan mengomen…apatah lagi menghina Islam. Kata sama-sama jaga Malaysia mengikut hukum agama kita. Islam rujukan tertinggi, cuma UMNO yang tidak menerima Islam sepenuhnya, kamu terkeliru. OK.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: