Ustaz Asri Rabbani (1969 – 2009) ‘Pergi tak kembali’

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Mohd Asri Ibrahim, 40, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Asri tidak akan luput di ingatan, meskipun beliau telah meninggalkan kita semua. Pemergian arwah bukan sahaja satu kehilangan dalam industri nasyid tanah air, bahkan industri muzik keseluruhannya.

Allahyarham yang rebah ketika menjayakan sebuah rancangan sempena Ramadan terbitan RTM, Syahadah, disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira jam 10.30 pagi semalam setelah dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC), Bangsar, Kuala Lumpur, untuk mendapatkan rawatan.

“Dua hari sebelum ini arwah memang kurang sihat. Demam dan ada sikit batuk-batuk. Sebelum pergi reherasal untuk program ni, Ustaz Asri ada mengambil madu dan limau untuk kurangkan batuk, tapi lepas tu dia terus muntah-muntah.

“Masa rehearsal pula, kami dah perasan wajahnya semakin pucat. Kami ada tanya dia, nak teruskan atau tidak majlis ini, tapi dia kata nak teruskan juga. Baru saja dia nak pegang mikrofon, tiba-tiba dia jatuh dan terus pengsan.

“Pada mulanya kami ingatkan dia cuma pengsan sahaja, tapi bila bawa ke Hospital Pantai ini, doktor sahkan yang dia sudah meninggal kerana serangan jantung,” ujar Asri Ubaidullah, salah seorang anggota Rabbani, ketika menceritakan semula saat-saat Allahyarham Asri menghembuskan nafas akhirnya.

Sementara itu, adik iparnya Adha Buyong, memberitahu Allahyarham ada menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan gastrik di tahap serius.

“Kira-kira jam 10.30 pagi saya ada menerima panggilan memaklumkan Allahyarham pengsan di RTM. Walaupun arwah ada banyak penyakit, tetapi semuanya masih terkawal, cuma pagi tadi arwah mengadu tidak sihat dan muntah-muntah. Tapi dia tetap mahu meneruskan tugasnya untuk program Syahaddah di RTM itu,” katanya ketika ditemui di PMC.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Ibrahim Yahaya, memberitahu, beliau turut rasa terkejut dengan pemergian Allahyarham yang amat tidak diduga. Sebagai ikon nasyid negara, pemergian beliau semestinya diratapi amai orang, terutamanya peminat industri nasyid negara.

“Masa saya sampai di RTM, saya nampak ramai orang kelam-kabut dan ramai yang menangis. Ketika itu juga, saya nampak anggota Rabbani cuba selamatkan arwah. Walaupun kita cuba sedaya upaya bawa ke hospital berhampiran, namun Tuhan lebih sayangkan arwah.

“Pemergiannya merupakan satu kehilangan yang besar dalam industri nasyid kontemporari dan pastinya sukar untuk dicari ganti,” kata beliau yang turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada bintang nasyid terkenal itu.

Jenazah Ustaz Asri disembahyangkan di Masjid Kampung Bukit Lanchong,Shah Alam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Majlis Bandaran Shah Alam di Seksyen 21 selepas Asar.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Haliza Shahadan, 38, dan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Antara artis yang turut hadir memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham ialah, Yassin (Brothers), Nash, Mas Omar, Amy Search dan isteri, Ramli MS, Nassier Wahab, Ina Naim dan suaminya, Suhaimi Saad.

Isteri terkilan tidak dapat peluk erat Suami

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: