PRK Permatang Pasir: Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang lawan Setiausaha Bahagian Umno Permatang Pauh

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Salleh Man sebentar tadi diumumkan sebagai calon Pas bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pasir, 25 Ogos ini.

Dengan itu, tiga calon sudah diumumkan akan bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Petang tadi, Barisan Nasional (BN) mengemukakan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman sebagai calonnya.

Semalam, seorang ahli perniagaan, Kamarul Ramizu Idris, 42, mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas, kali ketiga selepas dua kali tewas pilihan raya kecil sebelum ini, iaitu Parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Penanti, juga di Pulau Pinang.

Dengan pengumuman ini, beliau akan bertanding melawan calon BN, Rohaizad Otman, Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh.

Sementara itu, Petang tadi Barisan Nasional mengumumkan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir. Pemilihan beliau diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penamaan calon pilihan raya ini akan diadakan pada 17 Ogos ini manakala pengundian akan diadakan pada 25 Ogos

4 Respons

  1. Sambil berkempen, mari kita laungkan warcry baru ia itu “Merdekahahaha” untok member tauhu UMNO/BN adalah penjajah proxy British.

    Sila baca bukti2 UMNO/BN adalah proxy British dan Merdeka adalah sandiwara komedi British untok mentertawakan Melayu….di …

    http://warongpakyeh.blogspot.com

  2. Salam sejastra, Pas akan mendapat kemenangan yg luar biasa di permatang pasir. Selagi perjuangan asal ia itu perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan kpd semua. Rakyat tahu siapa umno dan bn, kian hari terdedah berita keaipan mereka. tipu daya mereka akhir akan menjadi penghakis kepercayaan kpd umno. Umno mestilah di tumbangkan hinggalah tertubuh kerajaan rakyat, membela rakyat, cukuplah dgn dasar perintah dan pecah,sampai bilapun malaysia tdk akan jadi malalysia yg bersatu padu. kita lihat umno dan segala media nya penuh dgn tdk dapat di terima akal. Rakyat cakap mansuh isa, umno masih mempertahankan, ini adalah kelu2 yg umno akan kecundang dlm apa jua pilihan raya. Kita lihat apa jua kuasa yg dpt di gunakan umno akan guna dan secukupnya. Percaylah bertpa kuat dan berkuasanya marcos dan suharto sepabagai president akhirnya kalah dlm tangan rakyat. marilah kita bersama kearah kerajaan yg memberi harapn dan realiti. Pakatan rakyat malaysia. people voices,people united., tq

  3. satu pilihan yang amat bijak
    ustaz salleh man individu yang istiqamah dengan perjuangan
    semoga dapat menyambung tugas allahyarham
    – takbir-

  4. Jahanamkan umno-BN di permatang pasir. Dasar perosak bangsa terutama sekali “ugama” rosak begitu sahaja di tangan umno-BN.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: