Jenayah Jalanan menurun setelah diwujudkan Pondok Polis di Kawasan strategik

Polis Kelantan menerima banyak maklum balas positif dengan wujudnya pondok-pondok polis di kawasan strategik di bandar itu kerana ia mampu mengurangkan kes-kes jenayah, kata Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Amir Hamzah bin Ibrahim.

“Kes jenayah seperti ragut dan jenayah jalanan kita akui ada penuru-nan di kawasan yang diwujudkan pondok polis. Para peniaga juga memberikan reaksi positif terhadap langkah polis menyediakan pondok berkenaan.

“Antara kawasan yang disediakan 16 pondok berkenaan termasuk Jalan Dato Pati, Taman Hijau, pekarangan stadium, Jalan Seri Cemerlang dan sebagainya,” katanya.

Amir Hamzah berkata, kemungkinan bilangan pondok berkenaan akan ditambah pada masa akan datang berikutan maklum balas positif yang diterima daripada orang ramai namun masanya tidak dipastikan lagi.

Jenayah perlu dicegah – Dikir Barat dari Kumpulan Jen Endoro

Nyanyian

Terdahulu, Polis Kelantan akan meningkatkan kerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi membendung gejala ponteng dan gangsterisme di kalangan pelajar negeri ini.

Datuk Amir Hamzah Ibrahim berkata, kerjasama itu sudah dimulakan dengan adanya pelantikan pegawai perhubungan sekolah walaupun kes ponteng sekolah tidak serius di negeri ini.

“Pegawai polis seperti inspektor ditugaskan untuk berhubung dengan pihak sekolah dalam usaha memantau gejala seperti itu daripada berleluasa.

“Pelbagai pendekatan dilakukan seperti ceramah kesedaran membabitkan pertubuhan bukan kerajaan seperti Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Kelab Lion dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu, beliau merasmikan majlis pelancaran bulan pencegahan jenayah Kelantan 2009 anjuran YPJM Kelantan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: