Bagaimana nak jatuhkan Kerajaan BN yang zalim, Pakatan perlu diperkuatkan – Zaid Ibrahim

Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Zaid Ibrahim berkata, PAS kini bukan sahaja Parti untuk Kelantan sahaja, bahkan untuk memerintah Malaysia perlu muafakat Pakatan Rakyat yang turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat dan DAP.

“Soalnya sekarang bagaimana kita nak menjatuhkan Kerajaan yang zalim BN,… kerana lawan BN ini dia tidak ada peraturan,” kata Zaid.

Beliau yang juga Bekas Ketua Bahagian Umno Kota Bharu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Forum Pasca Pilihanraya Kecil Manek Urai di Kelantan Trade Centre di Kota Bharu semalam yang turut dihadiri Exco Kerajaan Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah dan Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yaakob.

Sebelum itu, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya diberi penghormatan sewajarnya kerana kedudukan beliau yang sah sebagai Ketua Pembangkang dalam Parlimen negara dan bukannya dianggap musuh yang mesti dimaki serta dicerca setiap masa.

Katanya, Anwar mempunyai peranan yang sah dalam sistem demokrasi berparlimen kerana beliau mewakili separuh daripada jumlah pengundi Malaysia (4 juta) yang memilih Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum lalu.


Menurutnya, sebenarnya di negara-negara yang lebih memahami selok-belok demokrasi, tata susila politik m:oden, yang tahu erti peranan yang berbeza antara kerajaan dan pembangkang, Ketua Pembangkang amat dihormati.

:”Malah Perdana Menteri di beberapa negara yang matang demokrasi sentiasa menjemput Ketua Pembangkang untuk membincangkan hal negara demi kepentingan umum.

:”Mereka ketepikan politik kepartian demi rakyat dan negara… cuma di Malaysia dan Myanmar, pemerintah ghairah nak tangkap pemimpin pembangkang,” katanya semalam sebagai mengulas tindakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Anwar sebagai pengkhianat bangsa.

:Berikutan laporan muka depan sebuah akhbar, kemudiannya Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghantar notis tuntutan maaf dan ganti rugi RM100 juta.

Timbalan Perdana Menteri kemudiannya menjelaskan bahawa beliau tidak akan memohon maaf kepada :Anwar yang mahukan beliau menarik balik kenyataan yang dibuat semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Batu Pahat, Johor itu.

Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, katanya, ia menjadi pengukur sejauh mana kejayaan ‘taktik kotor’ UMNO dan BN yang selalu digunakan terhadap lawannya.

“Selepas pilihan raya kecil Manek Urai, UMNO kembali sombong seperti dulu; mereka yakin ada peluang dan ada ‘formula Manek Urai’. Kita harap pengundi menolak mereka,” katanya.

Advertisements

5 Respons

  1. Satu evolusi kearah merubah pemikiran rakyat yg semakin dipesongkan oleh aparat2 pemerintah.

  2. salamm

    aku heran la gan korang nie

    sudah2lah sebab gila politik masing2 sanggup main-main hal agama…

    takde kemananyer der kalau korang tak ikhlas dalam setiap perkara.

    kata parti islam tapi biarkan org agama lain hina islam dan cakap sesuka hati kau pulak kata ye ye jer..

    ha eloklah ikut jerlah kata orang kafir….

    sendiri mau ingat…kesian aku tengok nasib orang melayu yang diperbudak2kan oleh orang kafir macam korang nie…

    tak sesedarl agi ker…..jgn mara..k

  3. orang sekarang tak heran sapa menang atau kalah kat piliharaya nie,tak pentingpunnn semua tu ,masyarakat kat luar sana sekarang dok pikir apa korang pihak memerintah atau pembangkang boleh buat untuk kita sama2 tangani wabak H1N1 yang kian ganas.

    Lebih baik buat solat hajat dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya SEMUA ORANG ISLAM terutamanya terhindar dari wabak ini,mungkin juga ini bala daripada Allah sebab dah banyak kerosakan yang berlaku di mukabumi ni oleh manusia manusia sendiri.Ingatlah….jgn dok pikir politik jer setiap masa…k

  4. yeee..perkuatkanlah pakatan supaya lepas ni orang melayu dalam pas dan pkr akan terus jadi kuda pada dap..okey…

  5. come azwa think out of da box!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: