Selama 18 tahun Umno menang, tidak ada apa-apa pembangunan untuk kepentingan Rakyat

Kenangan sepanjang Kempen Pilihanraya Kecil N 11 Permatang Pasir 17 Ogos hingga 25 Ogos 2009. Sidang media Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar, 20 Ogos 2009

PAS mula menyandang DUN Permatang Pasir sejak 1999 dan DUN ini bukan wujud dua tiga tahun ini sahaja. 18 tahun Umno pegang DUNpun, Umno tidak buat apa-apa pembangunan untuk kepentingan rakyat, kroni mungkin, kata Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz dalam sidang medianya.

Sesi soal jawab

Dato’ Mahfuz menjawab persoalan yang dibangkitkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa tidak ada selama tiga penggal permatang Pasir di bawah Allahyarham Dato’ Hamdan.

“Muhyiddin tidak tahu sumbangan PAS di Pulau Pinang sejak Pakatan memerintah negeri,” kata Mahfuz sambil menyenaraikan beberapa sumbangan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Antaranya:

1. Kg Tanjong Tokong yang dikatakan terpinggir oleh Mantan PM. Wakil PAS banyak membantu penduduk kampong.
2. Kg Mutiara Batu feringgi, wakil PAS meminta kebajikan penduduk dan jaminan kerajaan dalam menghadapi perpindahan penduduk.
3. Satu keluarga satu rumah yang dibangkitkan wakil PAS sebelum ini.
4. Bantuan PERDA dalam pembasmian kemiskinan Pulau Pinang kerana PERDA di bawah projek Kerajaan Persekutuan.
5. Mendesak kerajaan mengenakan tindakan tegas apabila Pemaju tidak mengutama infrastruktur perparitan sebelum pembinaan.
6. Kerajaan merancang dan memberi keutamaan kepada keperluan asas rakyat seperti rumah kos rendah atau sederhana rendah atau rumah mampu beli dan lain-lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: