DUN Kota Siputeh: SPR berpihak kepada Pembangkang

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tidak wujud kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh dan tidak perlu diadakan pilihan raya kecil.

“SPR juga memutuskan bahawa kerusi ADUN Kota Siputeh masih disandang oleh Datuk Abu Hassan Sarif yang beliau menangi dalam pilihan raya umum ke-12 yang lepas,” kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dalam kenyaatan yang dikeluarkan lewat petang tadi.

Biarpun ADUN berkenaan tidak hadir sidang dua kali berturut-turut pada 19 April dan 9 Ogos lepas dan tanpa Notis Bercuti. SPR tidak memberi alasan berasaskan Perlembagaan Negeri Kedah sedangkan Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Dengan keputusan itu, kerusi tersebut yang menjadi perhatian sejak dua minggu lalu kekal milik Barisan Nasional (BN) yang dimenangi pada Mac 2008.

Ini kali kedua SPR memutuskan untuk tidak mengisytiharkan kekosongan mana-mana kerusi, sekali gus mengelakkan daripada diadakan pilihan raya kecil. Langkah yang sama diambil ke atas kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang – kedua-duanya di Perak Februari lalu tetapi atas alasan berbeza.

Sebelum ini, Pengarah SPR Kedah, Zainal Abidin Zakaria berkata surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan mengenai kedudukan Abu Hassan yang hilang keanggotaan setelah beliau dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lepas.

Advertisements

4 Respons

  1. kome dah tahu memang spr pihak kpd been,been bacuuuuuuuuuuuuuL

  2. 7 X PERTAHANKAN KALAH,MANA BOLEH TAHAN.

  3. kepada pr 2013 pastikan pilih adun dan ahli parlimen yang berqualiti

  4. PR kena kuat dan padu..jaga2 Hassan Ali di Selangor tu..hati rasa tak sedap aje melihat cara beliau berlakon..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: