PRK Bagan Pinang: ‘Undi Pos Paksa’ penentu BN menang

PAS menuntut pemansuhan Borang Lampiran 2 yang mengandungi butiran nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi yang diberikan kepada pengundi pos dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar juga mencadangkan agar ia juga dimansuhkan dalam semua pilihan raya yang akan diadakan selepas ini.

“Apa yang berlaku sebelum ini, setiap pengundi pos perlu memasukkan kertas undi dan borang pengisytiharan itu ke dalam sampul surat undi pos, sebelum memasukkannya ke dalam beg undi.

“Apabila sampul surat itu diperiksa, borang perakuan itu akan jelas menunjukkan identiti pengundi dan calon yang mereka undi yang mengakibatkan tidak ada lagi kerahsiaan pengundian yang menjadi prinsip asas dalam proses demokrasi.

“Apabila tidak ada kerahsiaan, ia pasti mengakibatkan seseorang pengundi pos tidak berani mengundi calon lain selain dari yang diarahkan supaya diundi,” katanya.

Borang tersebut, menurut beliau, digunakan kerana didakwa merupakan perakuan bagi mengesahkan pengundi pos sudah diperuntukkan kertas undi.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, dalam satu pertemuan antara wakil-wakil PAS dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini, pengerusinya ketika itu pernah berjanji untuk mempertimbangkan pemansuhan borang itu.

“Bagaimanapun, tidak ada apa-apa yang berlaku selepas itu,” katanya sambil menegaskan PAS akan membangkitkan habis-habisan isu undi pos dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang nanti.

Bagi kerusi DUN Bagan Pinang, 4,925 dari 14,192 pengundinya adalah pengundi pos.

Pilihan kecil dijangka diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional di situ, Allahyarham Azman Mohd Noor Jumaat lalu.

Selain isu Borang Lampiran 2 itu, kata Mahfuz, PAS juga akan menuntut supaya wakil dari calon PAS bukan sahaja dibenar menyaksikan proses pengundian, malah dibenarkan bersama-sama mengawal peti undi pos sebelum dikira.

“Kita akan berusaha habis-habisan untuk memastikan petugas-petugas yang mewakili calon PAS sama ada dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang dan pilihan raya lain yang akan diadakan kelak diberi hak demokratik mereka untuk menyaksikan proses pengundian, mengiringi perjalanan kotak undi pos serta bersama-sama mengawalnya sepanjang tempoh sebelum dikira.

“Kesemua itu sangat penting dan perlu bagi memastikan perjalanan pilihan raya yang bersih, telus dan adil,” kata beliau.

Beliau yakin, pihak SPR dan semua pihak yang terlibat dengan perjalanan pilihan raya akan menyokong tuntutan PAS itu bagi membuktikan kepada rakyat negara ini dan seluruh dunia bahawa pilihan raya dijalankan dengan bersih, telus dan adil.

Dari 14,192 pengundi pengundi di Bagan Pinang, 66 peratus darinya adalah pengundi Melayu, 10.5 peratus Cina, 19.9 India dan 3.5 peratus bangsa-bangsa lain.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, BN memenangi kerusi itu apabila mendapat 6,430 undi.

Majoriti yang diperolehi oleh BN ialah sebanyak 2,333 undi setelah calon PAS, Ramli Ismail berjaya memperolehi 4,097 undi.

SEMENTARA ITU, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak tuduhan beberapa parti politik berhubung tuduhan wujudnya ugutan atau tekanan terhadap pengundi pos di kalangan anggota tentera dan polis sehingga menyebabkan undi mereka berpihak kepada satu pihak sahaja.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tuduhan yang tidak berasas tanpa sebarang bukti-bukti sokongan.

“Saya tak nampak (kebenaran) jika mereka menuduh pengundi pos di kalangan anggota tentera dan polis (diugut) kerana mereka juga mengundi seperti pengundi biasa.

“Tak ada sesiapa yang menekan mereka… mereka mengundi macam orang biasa, undi mereka juga tetap rahsia, hanya mereka yang tahu siapa yang mereka pangkah (undi) dan prosesnya juga sama seperti pengundi biasa pada hari pengundian umum.

“Cuma mereka mengundi lebih awal, namun kertas undi yang mereka masukkan ke dalam karung undi pos hanya akan dibuka untuk dikira selepas tamatnya proses mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan beberapa pemimpin parti politik yang meragui ketelusan undi pos terutama di kalangan anggota tentera dan polis.

Malah Wan Omar juga menyifatkan keraguan berkenaan timbul kerana pemimpin-pemimpin berkenaan mengeluarkan pandangan berdasarkan andaian mereka semata-mata.

Jelas beliau tuduhan dan andaian seperti ini sepatutnya tidak timbul kerana ia boleh mencetuskan perasaan curiga di kalangan rakyat terhadap proses pilihan raya di negara ini.

“Perkara ini timbul kerana pemimpin-pemimpin berkenaan membuat andaian semata-mata kerana proses pengundian mereka (pengundi pos) dibuat melalui kaedah biasa, malah wakil setiap parti juga dibenarkan untuk memantau proses pengundian berlangsung.

“Kita sudah beberapa kali berbincang dengan pemimpin-pemimpin parti politik dan menjelaskan kepada mereka, jadi mereka tak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh timbulkan kecurigaan,” katanya.

Isu keraguan undi pos dibangkitkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua pemimpin berkenaan berkata Pakatan Rakyat akan memberi perhatian terhadap undi pos yang telah memenangkan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Tambah Wan Ahmad, pemimpin parti politik tidak seharusnya meragui ketelusan proses undi pos kerana semua proses yang dijalankan adalah berpandukan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

“Kita bukan lakukan prosesnya dengan sewenang-wenangnya, semuanya mengikut undang-undang yang sah.

“Saya nasihatkan supaya keraguan yang berbentuk andaian seperti ini tidak lagi dibangkitkan,” katanya.

4 Respons

  1. Saya amat yakin rakyat (samada orang kampong atau anggota beruniform) telah muak dengan kerenah AIM NO. Akar umbi yang dah busuk , biarkan dia begitu.

    PR perlu bekerja lebih kuat, mari kita beramai-ramai berhariraya di Telok Kemang.

    RE.. FOR… MA…SI

  2. macam mana lah angkatan beruniform nak sokong parti perosak rakyat serta kaki fitnah nie kalau korang asyik hina polis dan askar dgn fitnah2 korang tu.Jgn lupa kemenangan korang masa PR buka pasal korang pandai memerintah tapi hasil usaha menfitnah dan menipu jer tak tahan lama pun

  3. bukan menghina angkatan uniform terutama polis, tapi kasihan dgn mereka ni sbb dah lama diperanjingkan oleh parti bangsat negara um NO ngok ni, jgn lupa juga kemenangn umNO Be End juga adalah hasil dari dari membodohka2x kan rakyat terutamanya melayu.. kini umNO Be End semakin mereput dah kantoi banyak dah oi… tak tahan lama lagi lah tu… PERGI JAHANNAM UMNO

  4. Biasalaa antihero..
    Puak2 Khawarij ni kalau kalah memang macam tu..
    Semua tak kena..
    Bila dia menang takde pun nak cakap terima kasih kat sapa2..
    Macam takde agama pulak.. Terima je laa qada’ dan qadar..
    Pernah BN & UMNO buat apa2 atau trace orang2 yang tak mengundi mereka pada PRU 12 dan PRU-PRU yang sebelum tu?
    Aku tengok makin ramai je Ketua Pengarah dan big bosses dalam institusi kerajaan yang menyokong pembangkang… Pangkat naik jugak.. Gaji naik jugak..
    Bila undi, pangkah pembangkang..
    Pangkat & gaji yang naik tu entahkan halal entahkan tidak.. Lagi baik resign laa…

    Tok Guru Najis diorang tu pandai pulak nasihatkan YB Ibrahim Ali kata kerja tak ikhlas..
    Yang anak2 buah dia makan duit kerajaan tu tak pulak disuruhnya resign.. Memang dasar babi haram!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: