Calon PAS Bagan Pinang akan diumum selepas Raya

TERKINI:
Pakatan Rakyat (PR) Negeri Sembilan menetapkan calon Pas bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Keputusan itu diumumkan oleh Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar pada sidang akhbar di pejabat Perhubungan Pas Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan yang juga anggota Parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Bahrin Abbas serta Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang juga Anggota Parlimen Rasah dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak Loke Siew Fook.

BERITA TERDAHULU
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hari ini mengumumkan calon parti itu bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang akan diumumkan selepas Hari Raya Aidil Fitri.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, di sini.

“Saya jangka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihan raya kecil (DUN Bagan Pinang) ini selepas daripada hari raya (Aidilfitri) dan nama calon kita (PAS) pun akan diumumkan selepas hari raya.

“Saya telah bercakap kepada SPR dan minta mereka supaya hari mengundi bagi pilihan raya kecil ini (Bagan Pinang) diadakan pada hari cuti kerana kalau buat hari bekerja peratusan keluar membuang undi adalah rendah. Kita sarankan supaya SPR menerima baik cadangan kita,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan Mustafa yang juga bekas Pengarah Pilihan Raya PAS pusat berkata, beliau juga telah menulis surat kepada SPR untuk berbincang beberapa perkara mengenai proses pengendalian pilihan raya.

“Antaranya ialah isu undi pos, kerana di Bagan Pinang undi pos di sini besar, lebih 5,000 orang atau 37 peratus daripada jumlah pengundi keseluruhan.

“Kita mahu pengundian ini dijalankan secara telus dan adil,” katanya.

Menurut Mustafa, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat akan diadakan pada 13 September ini untuk membincangkan mengenai calon yang akan mewakili parti itu bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.


Ketika ditanya sama ada PAS akan meletakkan calon ‘luar’ bagi mewakili parti itu di DUN Bagan Pinang, Mustafa yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata: “Calon (PAS) daripada Negeri Sembilan, insya-Allah. Tak de (calon) luar dari Negeri Sembilan, saya boleh yakin dari sudut itu.”

“Kita ada ramai calon dan kita akan senarai pendekkan tidak lama lagi,” katanya.

Mengenai peluang untuk PAS menang di DUN Bagan Pinang, Mustafa berkata, parti itu yakin mereka masih berpeluang untuk menang di kerusi tersebut.

“Namun ia (pertandingan) tidak mudah kerana masalah kita adalah pengundi pos di Bagan Pinang kerana ia memihak kepada BN. Tetapi di Parlimen Teluk Kemang kita menang undi pos di sana. Undi luar daripada pos lebih kurang sekata,” katanya.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohd Nor, Jumaat lalu, akibat jangkitan kuman dalam darah di Hospital Pakar Seremban.

Pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, Azman daripada Barisan Nasional memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan Ramli Ismail dari PAS dengan majoriti 2,333 undi.

Beliau memperolehi 6,430 undi manakala Ramli pula 4,097 undi.

Kawasan tersebut mempunyai komposisi 66% pengundi Melayu; 19.9% India; 10.5% Cina dan 3.5% lain-lain kaum dan sebanyak 4,925 daripada 14,192 pengundi berdaftar terdiri daripada pengundi pos.

2 Respons

  1. Kami memerlukan DERMA ANDA untuk mengisi “TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU MANAL 3″. Untuk keterangan lanjut, sila lawati:

    http://masjidtokguru.blogspot.com

    Terima kasih.

  2. dah2la buat masjid.Masjid dah banyak.Saf selalu tak penuh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: