Isu PKFZ: Kenapa kabinet tidak tubuh Suruhanjaya Diraja?

Kerajaan telah menubuhkan satu pasukan petugas, yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Peguam Negara, para pegawai Kementerian Pengangkutan dan Kewangan, bagi mengkaji projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

————————-
Khabarnya berlaku tuduh menuduh dan saling membuat repot Polis antara CEO Kuala Dimensi, Dato’ Tiong dengan Presiden MCA Ong Tee Kiat.

Datuk Seri Ong Tee Keat has claimed that a police report lodged by Datuk Seri Tiong King Sing is false and has lodged a police report over the matter.

Tiong had lodged a police report on Aug 26 which alleged that Ong had taken RM10 million in cash that was meant as a donation for MCA.

Ong, who is MCA president and transport minister, said that the police report is false and is lodging a police report in a bid to clear his name.

Former Transport Minister Tan Sri Chan Kong Choy may take legal action against several media organisations for publishing reports which allegedly implicated him in the Port Klang Free Zone (PKFZ) scandal.

Chan, who is currently abroad, has instructed his lawyer to look into the matter, which may entail the filing of defamation suits later.

PKFZ was an idea mooted by the government in the 1990s to provide improved facilities for international cargo distribution and consolidation at Port Klang, the world’s 16th busiest port. Its development, covering some 400 hectares, opened up a can of worms when its cost rose to RM4.6 billion from RM1.1 billion.

“Tan Sri (Chan Kong Choy) is very upset with the unverified news reports,” a source close to Chan told Bernama today.

dan lagi Task force says Tiong ‘conspirator’, Kong Choy breached duty

Dan kenapa Perdana Menteri/ Kabinet enggan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat secara menyeluruh PKFZ?
————————-

Ketika mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kabinet, pagi ini, telah berbincang isu itu dengan panjang lebar dan memutuskan mengenai penubuhan pasukan petugas peringkat tertinggi itu.

“Isu itu dibahagikan kepada tiga. Satu adalah untuk mengenalpasti jika ada penggelapan atau penyalahgunaan kuasa atau seseorang bertindak bertentangan dengan undang-undang. Perkara ini akan dikendalikan oleh polis dan Peguam Negara.

“Kita mahu siasatan yang menyeluruh dan lengkap berhubung perkara ini. Kebenaran menjadi satu keutamaan. Keduanya ialah tadbir urus yang baik.

“Kita ingin tahu sejak bermulanya projek ini jika ada tadbir urus yang baik. Dan ketiga apa yang perlu kita lakukan dengan PKFZ sekarang, yang boleh memberi nilai yang baik bagi wang. Kita juga mahu mengurangkan kos operasi.


“Bagi aspek kedua dan ketiga, kita telah memutuskan untuk menubuhkan pasukan petugas. Pasukan petugas ini akan melaporkan balik dengan Kabinet dan kemudian kita akan usahakan tindakan yang sesuai,” katanya selepas berbuka puasa dengan Menteri-menteri Kabinet dan orang kenamaan di kediamannya di Sri Satria, di sini, Rabu.

Idea PKFZ itu diilhamkan kerajaan pada 1990an bagi menjadikannya sebuah hab pemindahan ke kapal yang dibina di atas tapak seluas 405 hektar yang menempatkan gudang, blok pejabat dan hotel bertaraf empat bintang, diselubungi kontroversi selepas didedahkan bahawa kos pembangunannya melambung tinggi daripada kos asalnya yang kurang dari RM2.5 bilion meningkat kepada RM4.6 bilion.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga ingin tahu jika terdapat sebarang salah pengurusan dalam mengendalikan projek itu dan jika terdapat kelemahan serius “tindakan akan diambil tanpa mengira siapa yang terbabit.”

Katanya penubuhan pasukan petugas itu menekankan betapa seriusnya kerajaan menangani isu itu yang disiarkan di akhbar sejak beberapa bulan kebelakangan ini atas dakwaan kewangan yang tidak betul.

Najib berkata walaupun pasukan petugas itu tidak diberikan tempoh masa untuk melaporkan balik kepada Kabinet, para anggotanya menyedari bahawa laporan itu perlu diselesaikan secepat mungkin.

Ketika ditanya mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu, beliau berkata ia merupakan siasatan berasingan.

“Mereka (SPRM) juga meneliti beberapa laporan (yang dilaporkan). Ia adalah berasingan daripada apa yang diamanahkan kepada pasukan petugas itu,” katanya

Satu Respons

  1. Nak tubuh macam mane…
    Nanti jerat leher sendiri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: