PRK Bagan Pinang: Umno Teluk Kemang mahu Isa Samad jadi calon

isa Pemimpin Umno bahagian Teluk Kemang umumnya ingin melihat Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad bertanding sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Ketua Pemuda bahagian Mohd Faizal Ramli berkata Isa, yang mengetuai bahagian itu, ingin dicalonkan lagi kerana beliau masih dihormati di kalangan pengundi.

“Rakyat masih menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan beliau,” katanya.

Di Negeri Sembilan ketika ini, khususnya di sekitar Parlimen Teluk Kemang, nama Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad disebut-sebut sebagai calon pilihan bagi Barisan Nasional (BN).

Selain Mohd. Isa yang pernah menjadi Menteri Besar selama 23 tahun dan Naib Presiden UMNO, seorang calon lain ialah anaknya sendiri, Mohd. Najib yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Teluk Kemang.

Ketua Pemuda UMNO bahagian, Mohd. Faizal Ramli yang juga Exco Pemuda UMNO pusat pula pernah menjadi wakil rakyat Bagan Pinang sebelum tempatnya digantikan oleh Allahyarham. Seorang lagi pimpinan yang tidak boleh dilupakan ialah Ketua Wanita UMNO bahagian, Rohani Yaakob.

Mengambil kira sentimen tempatan dan sokongan akar umbi dalam konteks UMNO bahagian itu, pemilihan Mohd. Isa sebagai calon mungkin keputusan terbaik.

Baca Isa Samad Calon terbaik.

Sementara itu, di Seremban, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata semua 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) akan ditugaskan mengendali Pusat Khidmat Masyarakat BN Bagan Pinang di Port Dickson secara bergilir selama dua jam pada sebelah pagi dan petang setiap hari, mulai Isnin ini.

Mohamad yang juga Pengerusi BN negeri berkata, agensi kerajaan peringkat negeri dan daerah seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga diminta meneruskan perkhidmatan kepada masyarakat kawasan itu.

3 Respons

  1. tak tahu lah saya saya bukan orang politik asyik mencari kesalaha oreng aje. kesalahan sendiri di sembunyikan macam oran munafik

  2. erm…akn timbul lg konflik di n9 jka isa samad brtandig
    sdgkn wk2 jd mb n9 pn dh mcm2 konflik yg timbul…
    kesian kami rkyt n9…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: