PAS prihatin hubungan Malaysia-Indonesia

PAS sangat prihatin terhadap isu antara kedua negara yang telah mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat dan pelajar Malaysia di Indonesia.

“Rakyat Malaysia di Indonesia sentiasa diselubungi perasaan ketakutan dan bimbang ancaman keselamatan mereka,” kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Salahuddin berkata, pihak Kedutaan Indonesia telah memberi jaminan keselamatan akan dikawal serta mengatakan bahawa undang-undang di Indonesia akan menjaminkan rakyat Malaysia akan dijaga.

Pertemuan itu juga digunakan kesempatan oleh kedua-dua pihak untuk membincangkan beberapa isu yang tertangguh selama ini.

“Kami telah membincangkan isu yang tertangguh selama ini umpamanya, isu buruh yang belum selesai sehingga kini,” jelas Salahuddin ketika ditemui di luar bangunan kedutaan.

Pemimpin PAS berkunjung ke kedutaan Indonesia hari ini dalam usaha untuk membantu meredakan ketegangan antara rakyat kedua-dua negara.

Kehadiran Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub telah disambut baik oleh Timbalan Duta Indonesia, Tatang Razak.

Pertemuan yang diatur oleh Alex Ong, Koordiantir Migrant Care, sebuah NGO yang menjaga hal ehwal pekerja Indonesia di sini itu turut disertai oleh Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat.


Salahuddin dan rombongan memasuki kedutaan Indonesia kira-kira jam 12 tengahari (14 September) dan keluar dari bangunan tersebut jam 1.20 petang.

Menurut Salahuddin, pertemuan selama 40 minit itu membincangkan beberapa isu yang membabitkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

PAS akan bertindak lebih agresif lagi selepas ini bagi mendesak kerajaan menyelesaikan isu terbabit.

Selain daripada itu, isu pembantu rumah juga telah dibincangkan terutamanya mengenai cuti dan juga hak memegang pasport.

Sebelum ini timbul aduan mengenai majikan yang telah memegang pasport pembantu rumah.

Timbalan Duta Indonesia, Tantang Razak menjelaskan kepada Salahuddin, kata sepakat harus diselesaikan segera bagi menyegerakan sebarang tindakan.

Menurutnya lagi, bukan semua pembantu rumah yang menimbulkan masalah, tetapi ada juga yang rajin dan taat kepada majikan mereka.

Salahuddin menjelaskan bahawa apa yang penting ialah isu kemanusiaan diutamakan demi untuk menjaga hubungan dua hala selama ini.

PAS, katanya, akan terus mendesak kerajaan supaya menangani segera isu yang tertangguh di sidang Parlimen akan datang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: