SPR diminta beri jaminan Anggota keselamatan mengundi tanpa rasa takut

PAS meletakkan keyakinan tidak mustahil mampu merampas Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang jika menguasai sejumlah besar undi POS.

Ironinya, jika diukur dengan melihat kepada keputusan sewaktu Pilihanraya Umum PRU Mac 2008, tanpa undi pos, PAS di DUN itu hanya tewas sebanyak lima ratus undi.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar berkata walaupun Umno BN boleh menggunakan kelebihan undi pos yang dikuasai mereka. namun yakin satu perubahan paradigma pada anggota tentera sedang berlaku.

Anggota tentera sekarang katanya sudah berani menyatakan pendirian mereka dalam isu politik, berbeza dengan anggota tentera dahulu yang hanya menurut telunjuk Barisan Nasional.

“Bagi PAS, peluang untuk kita menang bukan sesuatu yang mustahil. Walaupun Umno ada ruang untuk manipulasi undi pos semaksimum mungkin untuk mencapai kemenangan, tapi saya percaya tentera sekarang berbeza dengan tentera dahulu.Tentera sekarang sudah berani buat pilihan.” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut berkata, PAS masih boleh menarik sokongan pelbagai kaum di kawasan tersebut memandangkan Barisan Nasional ketika ini sedang mengalami pergolakan dalaman termasuk isu perkelahian dalam parti komponannya, MIC.

Mahfuz berkata, kenyataan terbuka Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu bahawa orang India sudah muak dengan BN membuktikan BN sudah ditolak oleh parti komponannya sendiri.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) diminta menghormati hak dan kebebasan pasukan anggota keselamatan khususnya membabitkan kerahsiaan undi mereka.

Anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab melalui undi pos pada masa ini dikatakan terancam dari sudut kerahsiaan undi mereka akibat beberapa prosidur mengundi yang ditetapkan SPR.

Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub berkata, anggota keselamatan harus diberi hak dan kebebasan untuk mengundi tanpa berasa terancam.


“Kita mengajak semua pihak termasuk SPR bersama memperjuangkan ke arah ujudnya satu ketelusan yang sepenuhnya terhadap anggota keselamatan.”

“Sebarang kaedah yang boleh menimbulkan suasana tidak selesa dan mengancam kerahsiaan undi anggota keselamatan, perlu dihapuskan sama sekali,” katanya ketika dihubungi.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan raya PAS Bagan Pinang berkata, selain desakan parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), para anggota yang sudah bersara juga boleh memainkan peranan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem pengundian pos yang pernah mereka lalui.

“saya juga minta bekas anggota keselamatan yang sudah bersara supaya berani tampil mengemukakan apa yang mereka rasa tidak kena dengan prosidur undi pos ini,” katanya lagi.

Sebelum itu, Salahudin menyambut baik keputusan SPR menetapkan hari mengundi bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang pada hari cuti.

Menurutnya, ianya hasil perjuangan PAS selama ini yang tidak pernah berhenti menuntut supaya SPR tidak lagi menetapkan tarikh pengundian pada hari cuti seperti di Manek Urai dan Permatang Pasir.

Penetapan itu juga akan memberi ruang yang lebih selesa kepada pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka tanpa mengira latar belakang kecenderungan politik.

Justeru, beliau juga optimis Pas mampu menang di kerusi Dun tersebut jika jumlah keluar mengundi mencecah antara 70 hingga melebihi 80 peratus.

Pengundian pada tarikh tersebut diharapkan mampu memberi kelebihan kepada PAS apabila pengundi lebih senang pulang membuang undi tanpa perlu memohon cuti.

Bertemu SPR 28 Sept
Pas bagaimanapun akan mengadakan pertemuan dengan SPR pada 28 Sept depan bagi membincang secara khusus berkaitan undi pos yang dilihat tidak telus dan boleh dimanipulasi.

Pertemuan itu antara lain memfokuskan kepada prosidur mengundi yang dilihat memberi ancaman kepada anggota, dan rantaian keselamatan peti undi sebelum hari penjumlahan.

Pengarah Operasi Pilihan raya Pas Bagan Pinang, Dr. Dzulkifli Ahmad pula berkata, ancaman pengundian ujud pada prosidur di mana setiap anggota diminta memasukkan kedua dua sampul borang kehadiran mengundi dan sampul kertas undi ke dalam satu sampul lain sebelum diletakkan dalam beg peti undi.

“Ini satu bentuk ancaman kepada anggota, bila boring kehadiran dilettakkan bersama kertas undi, bermakna kerahsiaan undi mereka dicabuli.

“Ini yang kita akan bincang dengan SPR,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: