Negara Berhutang RM93 bilion …tidak ada sebab rakyat undi BN di Bagan Pinang

Negara terpaksa berhutang RM93 bilion, tidak ada sebab untuk rakyat mengundi Barisan Nasional di Bagan Pinang, kata AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa.

Husam berkata, tahun ini sahaja negara telah berhutang sebanyak RM93 bilion dalam bentuk jualan bon. Ia merupakan satu jumlah yang sangat menakutkan sehingga boleh membawa kepada keruntuhan ekonomi negara.

Oleh itu kata beliau, berdasar kepada perkembangan itu tidak ada sebab rakyat untuk menyokong calon BN di Bagan Pinang pada pilihan raya kecil 11 Oktober ini.

(Baca juga: Rakyat akan tolak parti bodoh sombong – Dr M)

“Kalau kita mengatur strategi yang tepat kita ada peluang untuk menang biar kawasan itu mempunyai lebih 4,500 undi pos.

“BN kini sudah tidak mampu lagi memimpin negara ini. Rakyat harus menyedarkan BN dengan memberikan undi alternatif kepada pihak lain,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak walaupun sudah lebih lima bulan berada di puncak kuasa, namun pemulihan kedaulatan undang-undang masih belum berlaku.

Husam yang juga Exco kerajaan Kelantan berkata, perdana menteri masih lagi membisu terhadap banyak kes membabitkan pencabulan undang-undang negara.

“Kalau kita lihat dalam kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes Teo Beng Hock sehingga membawa kepada kematiannya.

“Seorang pemuda India pula mendakwa diseksa semasa penyiasatan SPRM. Semuanya itu tidak mendapat apa-apa reaksi daripada Perdana Menteri.

“Ini menunjukkan tidak ada pemulihan dari segi perjalanan kedaulatan undang-undang dalam negara kita. Manakala dari segi ekonomi, negara semakin parah,” katanya selepas menyampaikan sumbangan sempena Hari Raya Aidil Fitri di Masjid Kamil Hassan, Salor dekat sini.

Gambar: Seorang penduduk Cina turut menerima sumbangan hari Raya daripada Husam Musa - foto Harakah

Gambar: Seorang penduduk Cina turut menerima sumbangan hari Raya daripada Husam Musa - foto Harakah

Pada majlis tersebut, sumbangan lebih RM100,000 disampaikan kepada golongan armalah, anak yatim, fakir miskin dan orang tua di Dun Salor.

Penerima sumbangan termasuk juga penduduk bukan Islam. Turut hadir Pegawai Kebajikan Masyarakat Kota Bharu, Ruzaidi Che Soh.

Advertisements

Satu Respons

  1. RENONGAN.

    DIMANA DIRI KITA SEKARANG, ATAU DISTINASI MANA HENDAK DITUJU.
    APA BETULKAH SETIAP HUJAH YG DIKELUARKAN,
    JANGAN MAIN POLITIK KALAU UNTUK AGAMA, INI DEA-DUA SAPU, LEPAS TU TERKAPAI-KAPAI. NAK SELAMAT CARI KELEMAHAN ORG, YG BODOH-BODOH, ANGGUK BETUL… YG UNTUNG SIAPA. AGAKNYA KAUM NI TAK SUKA KEDAMAIAN, ATAU TAK TAHU BERSYUKUR (TAMAK) TEPUK DADA TANYA ILMU SEJAUH MANA. YG KATA DIRI PANDAI TU, ADA ORG LAIN LEBIH PANDAI, BAIK DLM AGAM SEKALI PUN, JADI PAKAT-PAKAT UNTUK KEBAIKAN, JGN TAKSUB DI SEBABKAN POLITIK SEMPIT UNTUK DIRI SENDIRI.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: