Sejarah Taiping: Nga Kor Ming rai Majlis Berbuka Puasa

Oleh Nik Noor Azman Ghazali
Yb nga rai buka puasa Ahli Parlimen Taiping YB Nga Kor Ming meraikan majlis berbuka puasa bersama penduduk Kampung Expo, Kamunting. Majlis Berbuka Puasa ini turut disertai ADUN Pokok Asam, Yee Sue Kai dan ADUN Aulong, Yew Tian Hoe berserta kaum Tionghua dan kelab penyokong PAS Taiping.

Program bermula jam 6.30 petang dengan ucapan aluan oleh Ketua PAS Cawangan, Ustaz Manolito. Disusuli dengan ucapan Yang Dipertua PAS Kawasan Ustaz Fakharuddin Abd Aziz.

Ustaz Fakharuddin Abd Aziz menegaskan telah berlaku satu sejarah di Taiping ini penduduk Islam berbuka puasa diraikan oleh orang bukan Islam. Ini menandakan perpaduan yang cukup erat telah dibina sejak Pakatan Rakyat memerintah Perak.

Manakala YB Nga merasakan cukup bertuah dan berterima kasih kepada PAS kerana memberi kerjasama yang baik menjemput beliau dan rombongan menghadiri majlis berbuka puasa ini. Ini menunjukan persefahaman antara Islam dan bukan Islam tercapai seperti pemerintahan di zaman kegemilangan Islam dahulu lagi.

Turut hadir ialah ketua Kelab Penyokong PAS Taiping, Nali Raja dan wakil wanita DAP.
Sambutan amat luar biasa penduduk dianggarkan 500 orang hadir berbuka puasa dan bertemu YB Nga dan pimpinan PAS.

Kehadiran kalangan rakyat bukan beragama Islam dan Islam bergabung menjayakan majlis ini telah membuktikan kejayaan Pakatan Rakyat menyatukan perpaduan kaum. Bukan seperti perpecahan yang berlaku dalam Barisan Nasional dimana UMNO, MCA, MIC masing-masing bercakaran antara satu sama lain ujar YB Nga semasa menyampaikan ucapan sebelum buka puasa.

Beliau juga telah mengumumkan akan menganjurkan majlis berkhatan beramai-ramai untuk kanak-kanak Islam bagi musim cuti sekolah yang akan datang.

Sempena majlis itu YB Nga telah dihadiahkan sebuah terjemahan tafsir Quran dalam bahasa Inggeris oleh PAS cawangan dan disampaikan oleh YDP PAS Ustaz Fakharuddin.

Advertisements

3 Respons

  1. Tahniah kpd PAS Taiping yg brjaya membuat perubahan minda di kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama…..Islam itu syumul dan mementingkan perpaduan………..Moga org bukan Islam semakin faham dgn ajaran Islam dan akhirnya dgn rela hati memeluk agama suci ini…..

  2. tahniah kpd PAS Taiping!! Berdakwah adalah yang paling utama..

  3. semuga usaha kita ini dijadikan sebagai satu usaha dakwah yg berterusan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: