Dokumen Sulit PKFZ: Polis patut panggil anggota Kabinet … macamana boleh terlepas

Khabarnya Polis telah memanggil beberapa individu bagi mengambil keterangan berkaitan penyiaran dan penyebaran Kertas Kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di laman web.

Polis patut panggil anggota kabinet dan tanya siapa yang dedahkan dokumen yang dikatakan SULIT itu dan yang ada kaitan dengan Kabinet. Macamana kertas Kabinet boleh terlepas ke tangan media ?????? Tanya daripada PM, TPM dan lain-lain, Siapa yang beri dokumen itu kepada media …

Polis kena ambil kira juga…. Siapa yang baling batu sembunyi tangan, baca sini.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan bagaimana Kertas Kabinet itu membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA) didedahkan dalam internet.

“Kita akan siasat siapa yang bertanggungjawab mendedahkan maklumat mengenai Kertas Kabinet itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

“Bagaimanapun saya tidak boleh komen lebih lanjut mengenainya kerana ini akan mengganggu siasatan,” katanya.

Dalam satu sidang akhbar petang tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata polis akan menyiasat mengenai pendedahan dokumen yang didakwa Kertas Kabinet berhubung PKFZ dalam laman web ‘Malaysia Today’.

Katanya siasatan itu bukan bertujuan menafikan hak rakyat untuk mendapatkan maklumat yang sepatutnya tetapi tindakan mendedahkan Kertas Kabinet di internet merupakan alasan yang tidak boleh diterima. BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: