DUN Bagan Pinang: PAS akan umum calon pada 29 September

PAS yang akan bertanding mewakili Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan akan mengumumkan calonnya pada 29 September ini.

“Ya, kami (PAS) akan mengumumkan calon pada 29 September… tarikh 29 September sudah ditetapkan,” kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika dihubungi hari ini.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS bagi DUN Bagan Pinang berkata, pemilihan tarikh yang sama dengan tarikh BN kemungkinan secara kebetulan.

“Ia dipilih kerana dianggap hari yang sesuai… tiga, empat hari selepas sambutan Aidilfitri. Nama calon akan diumumkan pada sebelah malam di kawasan Bagan Pinang,” katanya lagi.

Semalam, Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya akan mengumumkan calonnya yang bakal bertanding mempertahankan kerusi itu pada 29 September ini.

Calon BN itu akan diumumkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Aidilfitri BN peringkat negeri di Port Dickson pada hari berkenaan.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah 3 Oktober manakala tarikh pengundian ditetapkan 11 Oktober.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 September lalu.

Secara kebetulan, buat kali kedua berturut-turut, PAS akan mengumumkan nama calonnya pada tarikh yang sama dipilih oleh Barisan Nasional (BN).

BN dan PAS mengumumkan calon masing-masing pada tarikh yang sama ketika pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang bulan lalu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: