Khutbah Aidil Fitri: Islam perlu didahulukan dan Hak Allah diutamakan

Khutbah Aidil Fitri Pertama disediakan oleh Dewan Ulamak PAS Kelantan,

mukaddimah

AllahuAkbar AllahuAkbar AllahuAkbar
AllahuAkbar AllahuAkbar AllahuAkbar
AllahuAkbar AllahuAkbar AllahuAkbar

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah S.W.T.
Saya berpesan kepada diri saya dan sidang jemaah sekalian agar marilah sama-sama kita meneguhkan ketaqwaan kepada Allah SWT kerana orang-orang yang mendapat kemenangan di hari akhirat kelak hanyalah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah SWT.

Sesungguhnya kita baru sahaja meninggalkan bulan Ramadhan yang dianggap sebagai pesta ibadah dan bulan untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT. Bahkan tujuan daripada ibadah puasa itu sendiripun ialah membentuk manusia agar bertaqwa kepadaNYA semata-mata. Alangkah sia-sianya mereka yang tidak mengambil kesempatan sepanjang berada di bulan Ramadhan untuk meningkat amal ibadah sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT. Alangkah ruginya mereka yang tidak mengambil kesempatan memohon sebanyak mungkin keampunan daripada Allah SWT ketika berada di bulan Ramadhan.

Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Al Hakim, Rasulullah SAW. pernah bersabda:

Hadis1

Bermaksud: “Rasulullah SAW bersabda: Hadirlah ke mimbar semuanya apabila kami (sahabat) hadir, lalu Nabi SAW pun naik ke mimbar, apabila melangkah tangga pertama, Baginda berkata: Amiin, apabila melangkah tangga kedua, Baginda berkata: Amiin, apabila melangkah tangga ketiga, baginda berkata: amiin. Apabila Baginda turun, kami terus bertanya: Wahai Rasulullah!Kami telah mendengar daripada Rasulullah pada hari ini sesuatu yang tidak pernah kami mendengarnya. Baginda menjawab: Telah berkata Jibrail kepadaKu: Jauhlah (daripada rahmat Allah) sesiapa yang sempat bertemu Ramadhan tetapi tidak diampunkan oleh Allah SWT dosanya, Aku berkata: amiin. Bila Aku menaiki tangga kedua, Jibrail berkata: Jauhlah (dari rahmat Allah) sesiapa yang disebut nama kamu di sisi mereka, maka mereka tidak berselawat keatasMu, Aku berkata: amiin. Bila Aku menaiki tangga ketiga, Jibrail berkata: Jauhlah (dari rahmat Allah) sesiapa yang kedua Ibubapanya atau salah seorang darinya mencapai usia tua di sisinya tetapi tidak dapat masuk ke dalam syurga ( dengan amal baktinya sebagai seorang anak), Aku berkata: amiin.” (Hadis riwayat Hakim dan disahihkan oleh Al Albani)

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah sekalian,
Pada hari ini, disaat semua Umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya yang merupakan hari kemenangan bagi kita, tidak ada yang lebihmenggembirakan kita semua apabila puasa yang kita laksanakan itu diteria oleh Allah SWT. Kita sentiasa berdoa semoga Allah SWT menerima segala amalan puasa kita pada tahun ini dengan lebih baik dari tahun-tahun yang sudah. Maka pada hari ini kita tambahkan lagi kegembiraan itu dengan ucapan pujian, serta kesyukuran kepada Allah iaitu dengan menunaikan zakat fitrah, melakukan sembahyang sunat hari raya aidil fitri, bersedekah, mengeratkan silaturrahim dan sebagainya. Inilah pengisisan penting di hari raya dan inilah yang dimaksudkan kegembiraan bagi orang yang berpuasa.

Hal ini dejelaskan dalam Hadis rasulullah SAW yang berbunyi:

Hadis2

Maksudnya: “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuloh kali ganda hingga tujuh ratus kali ganda, Allah azzawajalla berfirman:”Melainkan amalan puasa, kerana ianya untuk KU dan AKU sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan keranaKU”. Bagi orang yang berpuasa mereka akan mendapat dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah taala daripada bau kasturi”. (Hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim)

AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar,
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah SWT,
Hari Raya pada tahun ini disambut dalam keadaan dunia keseluruhannya sedang berdepan dengan wabak yang digeruni dan telah memakan beribu-ribu korban di seluruh dunia. Wabak yang dimaksudkan ialah apa yang dinamakan sebagai selsema babi atau H1N1.

Sehingga hari ini, Malaysia sendiri sudah mencatat berpuloh-puloh kematian akibat daripada penularan wabak bahaya ini yang dikatakan boleh tersebar melalui udara. Setiap hari kita menatap di dada-dada akhbar berita-berita berkenaan dengan kematian mengsa wabak H1N1 ini samada di Malaysia atau di tempat-tempat lain di seluruh dunia.

Sedarkah kita bahawa tersebarnya wabak-wabak seperti ini sebenarnya peringatan daripada Allah SWT terhadap keingkaran manusia mematuhi perintah-perintahNYA. Rasulullah SAW telah memperingatkan perkara ini di dalam sabda Baginda:

Hadis3

Yang bermaksud: “Tidaklah lahir perbuatan maksiat ditengah-tengah suatu kaum sehingga mereka melakukannya dengan terang-terang, kecuali mereka akan ditimpa penyakit taun dan beranika penyakit yang belum pernah ada pada generasi-generasi sebelum mereka yang telah lalu”. (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Al Hakim)

Wabak H1N1 yang menular di seluruh dunia pada hari ini tidak pernah didengari oleh generasi sebelum kita. Justeru itu, hendaklah masing-masing dikalangan kita kembali menghayati ajaran Islam yang sebenar agar tidak terjebak dengan kemaksiatan yang berleluasa yang mengundang bala daripada Allah SWT.

AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar,

Muslimin dan Muslimat sidang Jemaah yang dirahmati sekalian,
Kenapakah berleluasa maksiat ditengah-tengah masyarakat pada hari ini? Apakah puncanya yang menyebabkan manusia semakin hari semakin lupa kepada tuntutan sebagai hamba Allah SWT?

Antara lain ialah kerana kecuaian kita di dalam melaksanakan undang-undang menurut kehendak Allah SWT. Ekoran daripada itu, Allah SWT mencabut rasa takut dari hati manusia untuk melakukan maksiat. Sekalipun terdapat undang-undang yang dikuatkuasakan, namun selagi tidak berlandaskan syariah Allah SWT, ia sama sekali tidak akan menyelesaikan masalah.

Apa yang menyedihkan, apabila terdapat individu-individu yang merelakan diri untuk dihukum kerana melanggar perintah Allah SWT, ada pula pemimpin yang beragama Islam menyuarakan pandangan negatif, semata-mata kerana jahil tentang hukum-hakam islam.

Isu seorang model sambilan di Pahang yang dijatuhkan hukuman sebat 6 kali oleh mahkamah syariah setelah mengaku bersalah meminum arak baru-baru ini mendedahkan bagaimana sikap sebenar sebahagian pemimpin kita terhadap pelaksanaan undang-undang Islam. Padahal hukuman sebat yang dijatuhkan itu tidaklah seratus peratus berlandaskan syariah, namun ia sekurang-kurangnya mempunyai sedikit sebanyak semangat undang-undang Islam.

Ekoran isu ini, kita menyaksikan bagaimana bisingnya pemimpin-pemimpin yang beragama Islam mengeluarkan kenyataan diatas nama keadilan. Bagi mereka, hukuman sebat keatas peminum arak itu satu kezaliman apatah lagi jika dijatuhkan pada pesalah wanita.

Sedarkah mereka bahawa hukuman sebat mengikut undang-undang sivil lebih menyiksakan dan lebih tepat untuk dikatakan sebagai zalim dan ganas. Inilah dia wajah sebenarnya pemimpin sekular yang sama sekali tidak berniat untuk melaksanakan Islam. Ingatlah firman Allah SWT:

ayat1

Yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu menghukumkan diantara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu, jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan maksiat kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa-dosa mereka, dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik”.

AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar,

Muslimin dan Muslimat sidang jemaah yang dihormati sekalian,
Di tengah-tengah kemelut ini, Umat Islam wajar meletakkan keutamaan untuk kembali semula kepada syariah allah SWT. Janganlah lagi terpengaruh dengan slogan-slogan karut yang bertujuan mengelirukan masyarakat. sesungguhnya sekular itu tetap satu, sekalipun ia datang dengan pakej yang berlainan.

Bagi seorang Muslim yang sebenar, beriman dengan satu alquran dan satu syariah, baginya Islam perlu didahulukan dan hak Allah SWT diutamakan. Sayangnya ada sebahagian dari saudara-saudara seIslam kita rela menggadaikan prinsip dan menukar Iman dan Islam yang dianugerahkan oleh Allah SWT apabila berdepan dengan habuan wang ringgit dan projek. Bahkan hanya dengan janji manis sahaja tanpa melihat dengan mata kepala sendiripun, sudah ada yang sanggup memberikan baiah berupa undi dan mengiktiraf penentangan yang dibaut kepada Islam. Sedarkah kita bahawa tangan yang memberikan undi ini akan disoal siasat oleh Allah SWT?

Rasulullah SAW bersabda:

Hadis4

Yang bermaksud “Tiga jenis golongan yang Allah SWT tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat, tidak akan menyucikan mereka (daripada dosa) dan untuk mereka azab yang pedih.

Salah satu daripada tiga golongan itu tersebut ialah:

Hadis5

Yang bermaksud: “Seorang lelaki (individu) yang melantik seorang pemimpin yang tidak melantiknya melainkan kerana habuan dunia. Maka jika diberikan kepadanya daripada (habuan) dunia, dia akan redha sekiranya tidak diberikan dia akan marah”. (Hadis Riwayat Al Bukhari)

Marilah kita sama-sama berdoa agar perjuangan Islam terus diberikan kemenangan oleh Allah SWT. Jika Ramadhan bulan berlakunya peperangan Badar, maka Syawal pula ialah bulan berlakunya peperangan Al Ahzab dimana kedua-dua peperangan ini dimenangi oleh Umat Islam dengan izin Allah SWT.

Allah SWT yang sama juga berhak mengurniakan kemenangan kepada hamba-hambanya yang dia ingini. Semoga Ramadhan, Syawal dan bulan-bulan lain serta di tahun-tahun berikutnya memberikan sinar kemenangan kepada perjuangan menegakkan agama Allah SWT di bumi tercinta.

AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar,

Muslimin dan Muslimat sidang jemaah yang dihormati sekalian,
Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama meneguhkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dan berdoa agar prinsip serta keimanan kita tidak akan tergugat hanya dengan sedikit umpan dunia yang amat kecil jika dibandingkan dengan nikmat di akhirat. Sedarlah kita bahawa walaupun kita memperolehi harta yang bertimbun-timbun namun jika ia datang kerana hasil usaha kita melawansyariah Allah SWT, ia pula akan menjadi kayu api bahan bakarannya di dalam neraka kelak… Wal ‘iya zubillah.

Marilahkita menjadikan Ramadhan yang kita baru sahaja lalui dan Hari Raya yang kita sambut pada hari ini sebagai satu titik tolak untuk meningkatkan kerja kita untuk Islam. Lakukanlah sebanyak mungkin sumbangan kita untuk mempertahankan ketuanan Islam, sebagai agama yang kita cintai ini sebelum kita dipanggil mengadap Allah SWT. Percayalah bahawa perkara yang paling berharga apabila tibanya kita di hadapan Allah nanti ialah amalan kebaikan yang kita lakukan.

Allah SWT berfirman:

ayat2

Yang bermaksud: “Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun”. Kecuali (harta benda dan anak pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)”. ( Surah Al syuara’ ayat 88-89)

Penutup

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: