2 Syawal 1430: Majlis Mesra Anak Kelantan sekadar memenuhi rutin tahunan ….

Catatan 1
Isu Royalti dan Misi ke Pelantar minyak – Sekadar tayangan multimedia dalam Majlis Mesra Aidil Fitri bersama Pimpinan Kerajaan Kelantan merai Anak Kelantan Perantauan anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan pada 2 Syawal 1430/ 21 September 2009.

Isu Royalti dan Misi ke Pelantar minyak dan banyak lagi isu yang sepatut diperjelaskan lagi oleh Kerajaan Kelantan selain risalah-risalah yang diedarkan.

Catatan 2
Olehkerana Kerajaan dan Urusetia lebih berminat untuk memberi hiburan kepada Anak Kelantan maka Program tersebut sekadar berhibur semata-mata. Atau Program kerajaan sekadar memenuhi rutin tahunan yang terpaksa dianjurkan.

Maka kita dapat lihat kehadiran pelbagai peringkat masyarakat Anak Kelantan Perantauan dari tahun ke tahun semakin merosot.

Sepatutnya kerajaan kena fikir betapa susahnya Anak Kelantan nak hadir program kerajaan dengan kesesakan yang teruk, tiba-tiba hanya sekadar mendengar hiburan dikir barat dan satu dua buah kilas yang diberi oleh Tok Guru Nik Aziz.

Kita Anak kelantan nak juga dengan apa buah kilah Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob; apa buah silat Dato’ Nik Amar atau perkembangan terkini mengenai isu royalti yang diperjuangkan oleh Dato’ Husam, atau penerangan isu MPKB-BI oleh Dato Takiyuddin. Perkembangan Exco lain macamana? YB Che Abdullah (Pertanian), YB Fatah Mahmood (Belia)YB Wan Ubaidah (Wanita). sekurang-kurangnya ada sepatah selidah ‘Program baru’ daripada mereka.

Atau Urusetia dah habis modal tak tau nak buat apa??? Kalau begitulah, nampaknya kerajaan kena buat ‘overhaul’ Urusetia Penerangan. Otak dah tepu.

Dan apa pula pandangan Anak Kelantan Perantauan nak bui pandangan kepada Kerajaan. Nak jadi ‘Duta’ macamana? Hak mari program, kita tak dengar pandangan mereka.

Ada juga kedengaran soksik-soksik kata program malam tu sebagai “Malam Jen Endoro meraikan Anak Kelantan Perantauan”. Tahniah dan terima kasih Jen Endoro dan Urusetia Penerangan yang berjaya menghiburkan kita semua.

Maaflah bukan nak mengata ….Majlis Mesra Anak Kelantan Bersama Pimpinan Kerajaan Kelantan pada 2 Syawal 1430 sekadar memenuhi rutin tahunan …. itulah hakikatnya.

Advertisements

4 Respons

  1. […] 23 September 2009 Ada sesuatu yang tak kena…… Posted by towardsmardhatillah under As I See it Leave a Comment  Bila sambutan Majlis Mesra Anak Kelantan dipertikai dan didapati semakin merosot dari tahun ke tahun, pasti sekali ada sesuatu yang tak kena perlu diperbetulkan serta diperkemaskinikan . Cuba lihat  https://jiwokelate.wordpress.com/2009/09/23/2-syawal-1430-majlis-mesra-anak-kelantan-sekadar-memenuhi… […]

  2. Ada benar jugok apa yg dinyatakan penulis… majlis himpunan seluruh anak kelate dari jauh dalam satu majlis bersama pimpinan negeri sebaiknya diisi dgn agenda2 lebih peting dan lebih utama dari makan ttupat dan tapey..

  3. Sangat setuju.

    Sebagai tambahan. Ambe cadang supaya Majlis Dialog Anak Perantauan Dengan Kerajaan Negeri dihidupkan kembali. Dengan cara itu, kita boleh meraikan suara Anak kelantan yang tinggal di perantauan.

  4. Betul juga apa yang dikatakan oleh penulis tu. Majlis malam tu sekadar hiburan dan makan-makan semata-mata tanpa ada tujuan dan matlamat yang jelas. Di sini saya nak komen sikit iaitu pertama, tempat diadakan program ni boleh dikatakan tidak berapa sesuai dengan tujuan majlis yang dibuat setahu saya dewan sebesar tu hanya sesuai untuk dibuat seminar atau konvensyen/majlis ilmu kalau nak nak dibuat perjumpaan baik buat kat balai islam je. kedua persembahan dikir barat tu mengambil masa yang sangat lama sehinggakan saya sendiri pada malam tu pun rasa hairan apa tujuan sebenarnya diadakan majlis pada malam tu, bukan kata tak boleh berhibur tapi dalam 5 ke 10 minit dah la kemudian baru tumpu ke acara sebenar majlis. Mungkin lepas ni pihak penganjur boleh fikirkan pengisian yang lebih sesuai. Ketiga pasal slaid royalti minyak tu secara rumusannya saya sendiri pun tak faham slaid tu nak tunjuk apa dia sebenarnya??Kebanyakannya lebih banyak gambar semata-mata tanpa penerangan yang jelas tentang gambar tersebut. Saya cadangkan supaya pada masa-masa akan datang cuba coretkan sedikit latarbelakang atau fakta sebenar, di sebalik gambar-gambar itu tapi tak usah lah masukkan gambar orang tengah tidur pulak, nak bagi power boleh attachkan fail-fail yang dirasakan perlu atau wawancara dengan pemimpin-pemimpin tentang keperluan hendak menuntut royalti minyak ni seperti Datuk Husam sendiri ataupun Kuli. Saya rasa perkara-perkara macam ni tak salah sebaliknya dapat memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada hadirin yang hadir pada malam tu. Saya rasa setakat itu saja yang dapat saya catatkan di sini sebarang salah dan silap harap dapat dimaafkan. Membangun bersama Islam. Terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: