Isu PAS Selangor tidak menjejaskan Pakatan Rakyat – Tok Guru Nik Aziz

Mengenai kemelut kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor termasuk dakwaan Pas negeri itu sedia meneliti kedudukannya dalam pakatan berkenaan, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau berharap isu itu tidak menjejaskan Pakatan Rakyat di Selangor dan mendakwa ia sengaja ditimbulkan pihak tertentu.

“Yang buat desakan keluar ini orang lain, bukan dari Pakatan Rakyat, saja dia adu domba… orang Pakatan Rakyat ini sudah akil baligh dan cerdik semua, kalau betul nak keluar itu dia punya pasal, apa boleh buat, tapi ini sengaja nak melaga-lagakan.”

Isu Selangor diharapkan tidak menyulitkan Presiden untuk bertindak
Pas tidak bercadang mengenakan sebarang tindakan ke atas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berikutan kritikan terbuka beliau terhadap Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) negeri itu.

Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, berkata pertemuan antara Hasan dengan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini, tidak menyentuh soal tindakan terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor itu.

“Perkara ini (tindakan disiplin terhadap Hasan) tidak pernah dibincangkan pada pertemuan dengan pucuk pimpinan parti,” katanya yang enggan mendedahkan bila pertemuan itu diadakan.

Sebelum itu, Tok Guru Aziz juga mengulangi pendiriannya mendesak Datuk Ibrahim Ali, meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas, kerana tindak-tanduknya didakwa menaikkan kemarahan penyokong parti itu selepas menang kerusi berkenaan atas lambang Pas pada pilihan raya umum lalu.

“Dia (bertanding di Pasir Mas) dengan bendera Pas, bila (penyokong Pas) Pasir Mas minta undur, dia kena berundur, duit yang dia makan itu tak betul, sembahyang Tuhan tak terima.

“Baik letak jawatan, senang… perut kenyang tapi masyarakat pandang lekeh. Orang Pas undi dan menangkan dia, orang Umno ada sikit-sikit. Pilihan raya umum ke-13 dia nak bertanding lagi itu dia punya pasal, ikut dialah, tapi Pas akan bertanding,” katanya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Satu Respons

  1. isu selangor

    harap-harap jangan perbesarkan, jangan tokok tambah yang menyebabkan terlalu tidak betul dengan yang sebenar.

    berhentikanlah, kalau ada yang tidak senang hati antara satu sama lain, harap berbincabg dan cari jalan terbaik untuk perbetulkan itu sahaja. jangan pulak nak menegakkan benang basah .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: