Pemimpin PAS luar Kelantan diseru ‘berhati-hati bercakap’

Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menyeru Pemimpin PAS di luar Kelantan berhati-hati mengeluarkan pandangan supaya suasana harmoni yang telah diwujudkan dalam Pakatan Rakyat dapat diteruskan sehingga Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

“Tolong beritahu pemimpin PAS di luar Kelantan supaya berhati-hati bercakap (kepada media) dan mencontohi Tok Guru Nik Aziz mewujudkan suasana harmoni pelbagai kaum,” kata Dato’ Wan Rahim dalam Majlis Mesra Aidil Fitri Ahli Parlimen Kota Bharu yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Konsul Jeneral Thailand, Ahli Parlimen DAP Segambut, Ahli Parlimen PKR Tanah Merah dan dihadiri dari pelbagai kaum pada 7 Syawal 1430/ 26 September 2009 di Dewan Perniagaan Cina Kelantan.

Turut berucap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng; Ahli Parlimen PKR Tanah Merah, Amran Abdul Ghani.

Beliau berkata demikian merujuk suasana yang tidak harmoni berlaku kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor apabila Pesuruhjaya Pas Selangor, Dato’ Dr Hassan Ali yang sebelum ini membuat kritikan terbuka terhadap cara Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) menyoal pegawai daerah pada sesi pendengaran awam, baru-baru ini sehingga timbul desakan supaya beliau keluar dari Pakatan Rakyat dan dipecat sebagai Exco kerajaan negeri serta dari jawatannya dalam parti.

Beberapa wakil rakyat termasuk dari Pas mempersoalkan tindakan Hasan itu dan mendesak beliau keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak sependapat atau tidak boleh bekerja dalam satu pasukan.

Berita Harian Online (27 Sept. 2009) melaporkan Badan Perhubungan Pas Selangor yang disertai 62 anggotanya, akan mengadakan mesyuarat tergemparnya hari ini bagi menentukan hala tuju parti itu di negeri berkenaan.

Mesyuarat itu diramal ‘panas’ kerana anggotanya dijangka membidas Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr Hasan Ali dan Setiausaha Pas negeri, Mohd Khairuddin Othman, berhubung kritikan terbuka mereka terhadap Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Siapa Roslan Shahir nak bercakap bagi pihak PAS Pusat
Pas tidak bercadang mengenakan sebarang tindakan ke atas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berikutan kritikan terbuka beliau terhadap Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) negeri itu.

Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, berkata pertemuan antara Hasan dengan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini, tidak menyentuh soal tindakan terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor itu.

“Perkara ini (tindakan disiplin terhadap Hasan) tidak pernah dibincangkan pada pertemuan dengan pucuk pimpinan parti,” katanya yang enggan mendedahkan bila pertemuan itu diadakan.

SEMENTARA ITU, Mengenai kemelut kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor termasuk dakwaan Pas negeri itu sedia meneliti kedudukannya dalam pakatan berkenaan, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz berkata, beliau berharap isu itu tidak menjejaskan Pakatan Rakyat di Selangor dan mendakwa ia sengaja ditimbulkan pihak tertentu.

“Yang buat desakan keluar ini orang lain, bukan dari Pakatan Rakyat, saja dia adu domba… orang Pakatan Rakyat ini sudah akil baligh dan cerdik semua, kalau betul nak keluar itu dia punya pasal, apa boleh buat, tapi ini sengaja nak melaga-lagakan.”

Satu Respons

  1. Mengenai kemelut di Selangor: Pandai makan kenalah pandai simpan……pandai buat kes kena pandai selesaikan sendiri

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: