Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan diisytihar Calon Pakatan Rakyat lawan Mohd Isa Samad

KEMASKINI:
Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, 45, dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh Presiden Pas Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di markas DAP di Batu 9, Teluk Kemang sebentar tadi.

Turut hadir Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husn Ali, Pimpinan Utama DAP, PKR dan PAS.

Profil Zulkefly Mohamad Bin Hj Omar
NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR
PROFESION: AHLI PERNIAGAAN
UMUR: 45 TAHUN
TARIKH LAHIR: 14/5/1964
KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)

NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI
ANAK:6 ORANG TERDIRI AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN, FARAH WAHIDAH 18 TAHUN, MOHAMAD FADLI 14 TAHUN, MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN, FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN, MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN

JAWATAN DALAM PAS:
PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 – HINGGA SEKARANG)
TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN – 1 PENGGAL – (2005 – 2007)
SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)
EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 – 2005)
PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 – 2005)
TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 – 2004)
KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 – 2001)
BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 – 1999)

LAIN-LAIN JAWATAN:
1.PENGERUSI ‘NO INCINERATOR’ BROGA
2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PENGALAMAN KERJA:
1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.
2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.
3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.
4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.
5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.
6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA.

Lagi klip video:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: